MEMUAT

Taip untuk mencari

Zuxxy berwaspada dengan pasukan daripada China.

Kongsi
Zuxxy berwaspada dengan pasukan daripada China.

Nampaknya kapten bagi pasukan Bigetron Red Aliens telah berwaspada dengan beberapa pasukan yang akan ikut bertanding di kejohanan PMGC 2021 yang akan datang. Pasukan Bigetron Red Aliens sebelum ini telah mendapat tempat ke 2 di kejohanan PMPL SEA musim ke 4.

Mereka merupakan pasukan gergasi yang memberi saingan hebat di dalam mana-mana kejohanan rasmi yang mereka sertai. Bigetron Red Aliens mempunyai momentum permainan yang berlainan dan kerap melakukan kejutan dalam kejohanan rasmi.

Credit : Youtube Solid TV

Kapten pasukan mereka iaitu Zuxxy sebelum ini telah membuat satu prediction buat pasukan-pasukan daripada China yang akan menjadi saingan buat mereka di PMGC 2021 nanti.

Zuxxy menjangkakan bahawa pasukan Weibo Gaming akan mendapatkan tempat untuk bermain di PMGC 2021. Beliau juga mengatakan bahawa pasukan Weibo Gaming merupakan pasukan yang kerap memberi kejutan di saat-saat akhir, dan mereka juga pasukan yang kuat buat mereka tandingi.

Manakala pasukan utama yang akan menjadi tantangan buat mereka adalah pasukan NOVA Esport. Pasukan yang menjuarai PMGC musim yang pertama itu menjadi perhatian terhadap pasukan-pasukan yang akan bertanding nanti. Pasukan NOVA Esport juga mempunyai rotasi yang sangat menakjubkan dimana pasukan itu tidak kelihatan di awal permainan dan secara tiba-tiba mendapatkan WWCD di pusingan itu.

Adakah Zuxxy akan membawa pasukannya menjadi juara PMGC 2021 nanti?. Dengan sikap pekanya terhadap pasukan lawan semestinya membuatkan beliau berwaspada dengan pasukan-pasukan yang akan memberi saingan sengit nanti.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Seterusnya