MEMUAT

Taip untuk mencari

Pelancaran rasmi ejen Chamber !

Kongsi
Pelancaran rasmi ejen Chamber !

Penantian yang lama akhirnya berakhir, selepas episode 3 act 3 dilancarkan ramai peminat menunggu kemunculan ejen Chamber yang sepatutnya keluar semasa act 3 dilancarkan. 

Hari ini ejen baharu telahpun di masukkan ke dalam Server ASIA secara rasminya, Chamber yang telah ditetapkan untuk menjadi sebahagian daripada Sentinel dengan perlengkapan senjata yang menarik. 

Sebelum ini, Riot Games telah memberi banyak sangat petunjuk berkenaan ejen baharu ini sehingga ia mendapat gelaran DeadEye disebabkan ia merupakan ejen yang mempunyai senjata penembak tepat (Sniper).

Kemasukkan ejen baharu ini sedikit kelewatan di sebabkan developer ingin mengimbangi ejen ini bersama ejen-ejen lain di dalam Valorant. Secara sahnya Chamber di lancarkan bersama patch 3.10 pada 16 November, 2021.

Kebolehan ejen Chamber :

Chamber mempunyai sedikit kelebihan dalam bertukar tempat berulang kali, dengan kelebihan mempunyai senjata tersendiri membolehkan ejen itu untuk bermain sedikit agresif dan ia juga dilengkapi dengan kit untuk mengesan musuh yang berdekatan.

Skill E – Rendezvous

Memboleh Chamber meletakkan dua kad di tempat yang berlainan, ia mempunyai jarak bulatan untuk memboleh Chamber menukar tempat dalam sekelip mata. Tetapi kebolehan ini mempunyai sedikit kelemahan, yang mana pihak lawan boleh melihat dengan jelas keberadaan kad kotak itu.

Skill Q – Headhunter

Chamber boleh mengaktifkan pistol beratnya, dan pistol ini kekuatannya sama seperti Sherif tapi dilengkapkan dengan skop untuk melihat musuh dengan lebih jelas.

Skill C – Trademark

Chamber juga dibolehkan untuk meletakkan perangkap bagi mengesan musuh yang berada didalam jaraknya. Trademark ini juga akan membuat musuh menjadi perlahan selepas kiraan masanya .

Skill Ultimate : Tour de Force

Chamber dapat menggunakan senjata penembak tepat (Sniper) dan kekuatannya sama seperti Operator yang membuatkan 1 hit 1 kill terhadap musuh. Tetapi Chamber hanya dibekalkan 5 butir peluru sahaja dan tidak lebih.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *