MEMUAT

Taip untuk mencari

Tidak melihatnya sebagai sebuah Teaming-OTG

Kongsi
Tidak melihatnya sebagai sebuah Teaming-OTG

Sebelum ini tular berkenaan Match terakhir di kejohanan PMPL Grand Final yang melibatkan pasukan Indonesia iaitu Genesis Dogma GIDS yang ingin melakukan sabotaj terhadap salah satu pasukan daripada Malaysia iaitu Team Secret.

Perkara ini menjadi tular selepas salah seorang pemain daripada pasukan GIDS yang sedang di wawancara oleh pengulas Indonesia  mengatakan bahawa beliau akan menolong pasukan Indonesia yang lainnya untuk menjadi juara di Grand Final PMPL SEA itu.

Walau bagaimanapun, perkara ini telah dijawab oleh pengurus pasukan Secret, P Phartiban “OTG” telah mengatakan bahawa perkara itu tidak perlu diperbesarkan dan perkara itu tidak melanggar sebarang peraturan jika sesebuah pasukan itu ingin menukar drop spot mereka.

Credit to : INSTA rbjesport.id

Seorang pemain profesional harus berfikir sebelum melontarkan ayat, dan itu yang terjadi kepada pasukan GDIS yang telah mencemarkan nama baik mereka sendiri di kejohanan rasmi itu.

Pasukan Secret muncul sebagai juara Grand Final PMPL SEA dan membawa pulang wang tunai sebanyak 30,800 USD dan Piala kemenangan ke tanah air kita. Mereka selepas ini akan memberi tumpuan untuk kejohanan PMGC yang akan datang bersama pasukan 4Rivals yang akan bertanding di kejohanan itu.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *