MEMUAT

Taip untuk mencari

Rasmi! Free Fire World Series (FFWS) akan buka arena pada Mei 2022

atq_hyprgame
Kongsi

Free Fire World Series 2022 yang merupakan kejohanan dunia anjuran Garena akan buka arena mereka pada 14 Mei 2022 dan 21 Mei 2022. 

Pada 14 Mei 2022, peringkat play-ins akan berlangsung di mana pasukan terbaik dari play-ins akan mara ke peringkat finals yang bakal diadakan pada 21 Mei 2022. 

Sumber: Garena

FFWS merupakan kejohanan utama Free Fire untuk permainan battle royale dan salah satu kejohanan e-sukan yang paling banyak ditonton di dunia.

Garena mengatakan bahawa kelayakan untuk FFWS 2022 akan dijalankan di beberapa wilayah dalam beberapa bulan yang akan datang. 

Sehingga kini, Garena tidak mengeluarkan apa-apa informasi lanjut tentang kelayakan atau pasukan yang terlibat. FFWS 2022 mungkin akan diadakan secara offline seperti 2 tahun yang lalu.

FFWS juga sepatutnya diadakan pada penghujung tahun 2021. Walau bagaimanapun, ia telah dibatalkan disebabkan oleh COVID-19.

Garena juga akan menganjurkan 2 kejohanan yang akan datang iaitu Free Fire EMEA Invitational dan Free Fire Asia Championship (FFAC) yang akan mula berlangsung pada 20 November dan 21 November ini.

Sumber: Garena

Free Fire Asian Championship (FFAC) 2021 merupakan kejohanan yang dianjurkan bagi mengganti kejohanan Free Fire World Series yang telah dibatalkan atas sebab keselamatan pemain pada musim pandemik. 

Kejohanan ini akan melibatkan sebanyak 31 pasukan berentap untuk mendapatkan gelaran juara FFAC 2021. 

24 pasukan akan melalui peringkat Play-Ins. Manakala, 7 pasukan lagi sudah pun mengunci slot mereka di Peringkat Akhir. 

Sumber: Garena

Free Fire Asia Championship (FFAC) 2021 menawarkan kumpulan hadiah sebanyak $400,000 USD.

Manakala, Free Fire EMEA Invitational 2021 akan menawarkan kumpulan hadiah sebanyak $200,000 USD. Kejohanan ini akan berlangsung sepenuhnya secara online. 

Perlawanan akhir bagi Free Fire EMEA Invitational 2021 akan diadakan pada 27 November. Manakala, perlawanan akhir bagi Free Fire Asia Championship (FFAC) 2021 akan berlangsung pada 28 November.

Sebanyak 31 pasukan dari pelbagai wilayah (Taiwan, Thailand, India, MCP, Indonesia & Vietnam) akan bertanding dalam Free Fire Asia Championship (FFAC) 2021, manakala Free Fire EMEA Invitational 2021 akan menampilkan 12 pasukan.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *