MEMUAT

Taip untuk mencari

MPLI 2021: Celiboy dapatkan Maniac pertama, GGWP Orange Esports!

atq_hyprgame
Kongsi

Pembukaan MPL Invitational 2021 dimulakan dengan perlawanan di antara juara MPLI 2020 dari Indonesia iaitu Alter Ego menentang pasukan Malaysia, Orange Esports

Sumber: ONE Esports

Perlawanan di antara Alter Ego dan Orange Esports merupakan antara perlawanan yang ditunggu-tunggu oleh kedua-dua negara, Malaysia dan Indonesia. 

Mengenali Alter Ego, mereka sememangnya merupakan pasukan lawan yang hebat dan kuat di Indonesia dan global.

Sumber: ONE Esports

Namun, Orange Esports juga tidak kurang hebatnya. Mereka merupakan pasukan terbaik Malaysia yang banyak memberi saingan berkualiti ketika di regular season dan playoffs. 

Kesilapan Alter Ego beri peluang buat Orange Esports

Serangan yang diberikan oleh iSonic dan Linkezaa terhadap 4 pemain Alter Ego iaitu Udil, Celiboy, Nino dan LeoMurphy membuatkan Orange Esports mempunyai peluang besar untuk memenangi perlawanan pertama. 

Walaupun pada permulaan dan pertengahan perlawanan Alter Ego memberikan permainan yang sangat baik, tetapi satu kesilapan yang dibuat oleh mereka beri peluang besar untuk Orange Esports.

Sumber: ONE Esports
Sumber: ONE Esports

Sememangnya satu serangan yang cantik dibuat oleh Orange Esports. Pada ketika itu, Alter Ego memang ada membuat kesilapan. Mereka pada ketika itu membuat serangan terlalu dan dilihatkan belum bersedia untuk membuat recall.

Munsters berjaya melarikan diri namun Orange Esports tidak mahu melengahkan lagi masa. Pasukan Malaysia terus mendapatkan Munsters dan kristal pasukan Alter Ego. Mereka menamatkan perlawanan pertama di minit yang ke-18. 

Alter Ego tunjukkan bahawa ‘Comeback is real’

Sebenarnya Alter Ego tidaklah membuat comeback kerana mereka sememangnya memberikan yang terbaik di perlawanan pertama. Mereka juga memungut mata singkir yang sangat banyak terutama Celiboy. 

Namun, sangat mengagumkan buat pasukan Malaysia, Orange Esports di early game. Di perlawanan kedua, Orange Esports berjaya mendominasi early game di mana mereka berjaya mendahului pengambilan turret dan networth di early game.

Namun, Celiboy dan Alter Ego berjaya mengambil alih arena daripada didominasikan oleh Orange Esports.  

Sumber: ONE Esports
Sumber: ONE Esports

Walaupun pasukan Orange Esports cuba untuk memperlahankan farming Celiboy, Alter Ego tahu bahawa mereka harus menjaga Miracle Boy pasukan itu. 

Pujian demi pujian harus diberikan buat Miracle Boy Alter Ego iaitu Celiboy. Beliau berjaya untuk menyingkirkan 2 pemain Orange Esports (Valenz & Iris) berseorangan tanpa rasa takut. 

Maniac pertama di MPLI! Celiboy berjaya mendapatkan Maniac pertama di MPLI 2021 pada minit yang ke 15:57 dan seterunya memberi kemenangan kepada pasukan beliau. 

Alter Ego sapu rata Orange Esports dengan 2-1

Di perlawanan penentuan, Alter Ego terus menunjukkan permainan yang agresif tanpa berasa takut. Tekanan yang diberikan oleh Alter Ego membuatkan pasukan Orange Esports sukar untuk mengejar. 

Di perlawanan ini, boleh dilihatkan Alter Ego mendominasi early game sehingga late game. Seawal minit ke 9:45, Alter Ego sudah berjaya mendapatkan turret ke-7 pasukan Orange Esports. 

Walaupun Orange Esports berusaha untuk menjaga kristal mereka daripada diambil oleh Alter Ego, namun damage yang diberikan oleh Alter Ego sangat tinggi. Pasukan Indonesia itu akhirnya berjaya mendapatkan kemenangan mutlak di minit ke 11:33. 

Sumber: ONE Esports
Sumber: ONE Esports

Good Game Well Played buat pasukan Malaysia, Orange Esports kerana telah memberikan permainan yang berkualiti. Memiliki peluang untuk berada di pentas yang sama dengan Alter Ego semestinya satu pengalaman berharga buat mereka!

Alter Ego berjaya mara ke bracket yang seterusnya untuk melawan pemenang bagi perlawanan di antara Rebellion Genflix & Nexplay EVOS. 

Perlawanan di antara Rebellion Genflix & Nexplay EVOS akan diadakan pada hari esok, 3 November pada pukul 20:45 GMT+8

Sebelum itu, pasukan Malaysia, Todak MLBB akan membuka perlawanan di hari kedua (3 November) MPLI menentang juara MPL pertama Kemboja, See You Soon pada pukul 13:00 GMT+8. 

Untuk mengetahui tarikh/masa serta keputusan perlawanan sepanjang MPL Invitational 2021 berlangsung, boleh lihat di sini: 

Siaran langsung ONE Esports MPL Invitational (MPLI) 2021 boleh ditonton secara langsung di laman rasmi ONE Esports

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Seterusnya