MEMUAT

Taip untuk mencari

Tiada perubahan bagi pasukan Undying

Kongsi
Tiada perubahan bagi pasukan Undying

Team Undying memutuskan kekalkan barisan pemain !

David Tan Boon Yang  “MoonMeander”  selaku kapten pasukan Undying, mengumumkan di akaun media sosialnya bahawa pasukan itu akan meneruskan perjuangan bersama barisan pemain yang sedia ada.

Pengumuman ini susulan selepas pemergian jurulatih mereka Kim Yong-min  “Febby” dan pengurusnya Peter Anders. Walaupun pemergian mereka memberi impak kepada pasukan itu, tetapi mereka akan mengekalkan peranan yang sama untuk musim DPC yang akan datang.

“Kami sebagai Pasukan Undying dan moto kami ialah “SHINZO SASAGEYO”, kami akan terus bermain bersama pada musim DPC akan datang, sambil kami berusaha untuk menjadi tulang utama bagi NA Dota,” kata pemain veteran itu di Twitlonger.

Pasukan Undying masih tidak mempunyai pemain simpanan buat masa sekarang.

Barisan pemain Dota 2 Pasukan Undying ialah :

Enzo Gianoli “Timado” 

Jonathan Bryle Santos De Guia”Bryle” 

Jonáš Volek “SabeRLight-”

David Tan Boon Yang “MoonMeander” 

Kim Doo-young “DuBu”

Boon berkata untuk berada dalam scene Pros ini benar-benar susah, ia memerlukan semangat yang tinggi. Bagaimanapun, dia berkata bahawa pemain-pemain perlu mengatasi segala jenis emosi dan itu adalah perkara yang amat penting untuk berjaya.

MoonMeander berkata dia sangat gembira dengan “kasih sayang, rasa hormat dan kebaikan” pasukannya antara satu sama lain.

Pasukan itu berjaya mara ke playoff The International 10. Bagaimanapun pasukan itu menemui penghujung yang pantas selepas dikeluarkan oleh Fnatic di pusingan lower bracket .

Pasukan Undying menamatkan larian mereka di tempat ke-13-16 teratas, membawa pulang $600,300 USD. Walaupun pengakhiran mereka pahit, pasukan itu kini memutuskan untuk mencuba nasib mereka sekali lagi pada tahun hadapan dengan barisan pemain yang sama!

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *