MEMUAT

Taip untuk mencari

‘Kemungkinan beberapa pemain AE akan berpisah’ — Udil

atq_hyprgame
Kongsi

Alter Ego, pasukan terbaik Indonesia yang akan menghadapi pasukan Malaysia, Orange Esports di MPL Invitational 2021 merupakan salah satu pasukan yang banyak mencipta nama di Indonesia

Sumber: Alter Ego

Sebelum ini, Alter Ego ada memuat naik satu posting tentang pemain mereka, Celiboy. Alter Ego memberikan ucapan terima kasih buat Celiboy kerana sudah bersama dengan pasukan itu selama 2 tahun. 

Pada mulanya, rata-rata dari peminat Alter Ego menganggap organisasi e-sukan itu seperti mahu melepaskan pemain mereka. Tetapi ternyata ianya hanya posting ucapan penghargaan. 

Alter Ego telah pun menamatkan kedudukan di tempat ke-4 di MPL ID S8 apabila mereka tewas di tangan EVOS Legends. Kali ini, mereka tidak berjaya mengunci slot ke M3 Championship.

Menurut satu posting yang dimuat naik oleh ONE Esports Indonesia, mereka menyatakan bahawa di Nimo TV milik Udil, beliau ada mengatakan, 

“Ada kemungkinan beberapa pemain AE akan berpisah, dan itu cukup sedih jika dibayangkan.”

Sumber: ONE Esports ID

Memang tidak dapat dibayangkan jika roster Alter Ego akan dirombak pada musim akan datang. Mereka mempunyai pemain yang sangat berbakat dan rata-rata dari mereka sudah lama bersama dengan organisasi e-sukan tersebut. 

Alter Ego merupakan pasukan yang telah mendapatkan kejuaraan di MPL Invitational 2020. 

Pada kali ini, mereka akan berada di bracket EVOS SG di mana Alter Ego akan bertemu dengan pasukan Malaysia, Orange Esports pada hari pertama group stage berlangsung. 

Jangan lupa saksikan perlawanan Alter Ego menentang pasukan Malaysia, Orange Esports di laman rasmi ONE Esports pada hari ini, 2 November, jam 1pm GMT+8.

Sumber: Alter Ego

Untuk mengetahui tarikh/masa serta keputusan perlawanan sepanjang MPL Invitational 2021 berlangsung, boleh lihat di sini: 

Siaran langsung ONE Esports MPL Invitational (MPLI) 2021 boleh ditonton secara langsung di laman rasmi ONE Esports

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:
Artikel sebelumnya
Artikel seterusnya

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Seterusnya