MEMUAT

Taip untuk mencari

Masih ada peluang untuk ke PMGC

Kongsi
Masih ada peluang untuk ke PMGC

Berikutan dengan prestasi pasukan Malaysia di peringkat Liga PMPL musim ke 4 ini sangat memberasangkan. Mereka telah melakukan sebaik mungkin bagi menggapai tempat teratas dalam liga tersebut.

Tiga pasukan daripada Malaysia mendapat Top 10 di dalam carta dan mata pungutan sepanjang liga juga agak tinggi dan itu memberi mereka sedikit peluang untuk mendapatkan tempat di kejohanan PMGC yang akan diadakan nanti.

Selain itu, pasukan Secret semestinya mempunyai slot di PMGC nanti, manakala masih berbaki dua slot kosong yang belum di isi di dalam senarai pasukan-pasukan yang akan bertanding di kejohanan dunia itu.

Bagi pasukan 4Rivals, mereka mempunyai peluang yang cerah untuk mendapatkan slot PMGC selepas mereka sangat konsisten untuk memperolehi mata sepanjang liga PMPL musim 4 berlangsung.  Manakala pasukan Geek Fam dan juga Axis RedOne masih juga mempunyai peluang dan mata poin mereka juga hampir walaupun berada di tempat yang ke 7 dan 8.

Sebelum ini, PMGC mempunyai 4 tempat kosong untuk di isi dan ramai mengharapkan kesemua pasukan Malaysia akan bertanding di kejohanan dunia tersebut selepas pasukan-pasukan Malaysia mendominasi liga di minggu pertama dan minggu kedua. Tetapi satu slot itu diberikan kepada pasukan Faze Clan selepas mereka berjaya menjadi juara di dalam liga PMPL SEA tersebut.

Credit to : PUBG MOBILE Esport Malaysia

Semoga pasukan-pasukan daripada Malaysia dapat mendominasi carta di Grand Final PMPL SEA yang akan diadakan pada Jumaat ini. Jangan lupa untuk menggunakan hashtag #KitaGanas untuk memberi sedikit suntikan semangat kepada pasukan-pasukan Malaysia kita.

Siaran langsung Grand Finals SEA Championship S4 boleh ditonton di laman rasmi Facebook dan Youtube PUBG Mobile:

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *