MEMUAT

Taip untuk mencari

Moonton lancarkan kejohanan rasmi Mobile Legends di Amerika Latin

atq_hyprgame
Kongsi

LIGA LATAM merupakan kejohanan Mobile Legends: Bang Bang yang diadakan di Amerika Latin oleh MOONTON Games. Ini merupakan kejohanan rasmi Mobile Legends: Bang Bang yang pertama di luar Asia Tenggara. 

Umum mengetahui bahawa Asia Tenggara mempunyai komuniti Mobile Legends: Bang Bang yang sangat besar terutamanya di Indonesia.

Perkembangan scene kompetitif Mobile Legends: Bang Bang di Asia Tenggara sangat meluas. 

Sumber: MPL Brazil

Kini, MOONTON Games membawa kejohanan Mobile Legends: Bang Bang di Amerika Latin bagi meluaskan lagi perkembangan scene kompetitif ini di sana. 

LIGA LATAM telah pun diumumkan secara rasmi oleh MOONTON Games di mana kejohanan ini akan membawakan kumpulan hadiah sebanyak $15,000 USD

Sumber: MPL Brazil

Juara bagi LIGA LATAM akan membawa pulang sebanyak $6,000 USD manakala tempat kedua akan membawa pulang $4,000 USD

LIGA LATAM akan mula membuka arena mereka di 4 Wilayah Amerika Latin bermula pada 3 November sehingga 7 November.

Kejohanan ini akan menampilkan beberapa pasukan terbaik dari Brazil, Argentina, Bolivia dan Peru.

Tujuan utama MOONTON Games melancarkan kejohanan MLBB di Amerika Latin? 

Tujuan atau idea kejohanan ini adalah untuk mengumpul semua pemain Mobile Legends: Bang Bang dari Amerika Latin dan tawarkan mereka peluang profesional dalam bidang e-sukan. 

Seperti baru-baru ini, Red Canids yang merupakan pasukan Mobile Legends dari Brazil berjaya dinobatkan sebagai juara MPL Brazil dan melayakkan mereka mara ke M3 Championship buat kali pertama.

Sumber: MPL Brazil

MOONTON Games mahu memupuk satu landskap e-sukan mudah alih di pasaran secara strategik bagi Mobile Legends: Bang Bang. 

Kejohanan ini akan diadakan bersama-sama MOONTON Games dengan TikTok Gaming LATAM. Siaran langsung kejohanan ini boleh ditonton dalam dua bahasa iaitu Portugis dan Sepanyol. 

Bagi Bolivia, Peru dan Argentina, ketiga-tiga wilayah ini mempunyai 1 wakil untuk setiap wilayah manakala Brazil akan membawa 2 wakil

Siaran langsung LIGA LATAM akan didatangi dalam dua bahasa; Portugis & Sepanyol: 

BahasaSiaran Langsung
Portugis Facebook MPL Brazil
YouTube
TikTok
Twitch
Sepanyol Facebook Mobile Legends: Bang Bang Español’s
Twitch
TikTok
YouTube

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *