MEMUAT

Taip untuk mencari

Free Fire Asia Championship & EMEA Invitational 2021 secara online

atq_hyprgame
Kongsi

Dua kejohanan besar Free Fire iaitu Free Fire Asia Championship (FFAC) & EMEA (Europe, Middle East dan Africa) Invitational 2021 akan berlangsung pada bulan November ini.

Garena Free Fire mengatakan bahawa kejohanan ini akan diadakan secara online

Free Fire Asia Championship (FFAC) 2021 ini akan diikuti dengan pasukan-pasukan terbaik Asia untuk merebut semula takhta mereka. Manakala, EMEA Invitational 2021 akan diwakili oleh pasukan-pasukan dari wilayah EMEA iaitu Eropah, Timur Tengah dan Afrika. 

Sumber: Garena Free Fire

Tujuan kedua-dua kejohanan ini diadakan adalah sebahagian daripada usaha Garena untuk menyediakan peluang perlawanan profesional bagi pemain dan pasukan Free Fire. 

Selain itu, kejohanan ini juga menjadi permulaan untuk pasukan-pasukan Free Fire meluaskan lagi bakat mereka di arena profesional pada masa yang akan datang. 

Ia merupakan usaha yang penting bagi Garena Free Fire untuk meluaskan lagi kompetitif Free Fire. Ini juga bagi memastikan akan ada lebih banyak wilayah di seluruh dunia yang akan menyertai kejohanan dan kompetitif Free Fire di masa yang akan datang.

Format FFAC 2021 dan EMEA Invitational 2021: 

Sumber: Garena Free Fire

Di Malaysia, pasukan-pasukan yang akan mewakili di FFAC 2021 adalah pasukan yang terbaik menerusi MCP Majors 2021. Jumlah slot yang akan melengkapi FFAC 2021 masih belum diumumkan. 

Seperti diberitahu, kejohanan ini akan mengambil bahagian sepenuhnya secara online. Format yang digunakan juga adalah sama dengan kejohanan-kejohanan Free Fire yang sebelum ini. 

Di group stage dan preliminari, kesemua pasukan akan bertanding dalam enam pusingan di tiga map yang berlainan iaitu Bermuda, Purgatory dan Kalahari.

Manakala, di grand finals, kesemua pasukan yang berjaya akan berentap di dalam tujuh pusingan yang melibatkan 3 map yang sama (Bermuda, Purgatory dan Kalahari) di mana map yang terakhir akan dipilih secara rawak. 

Informasi lebih tentang kejohanan ini pasti akan diumumkan secara mendalam oleh pihak Garena Free Fire. Buat masa kini, ini sahaja info yang boleh dikongsikan. 

Anda boleh ke laman rasmi Youtube, Facebook dan Instagram milik Garena Free Fire untuk terus mendapatkan informasi tentang Free Fire Asia Championship (FFAC) 2021 dan EMEA Invitational 2021. 

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *