MEMUAT

Taip untuk mencari

Aster mungkin menarik diri daripada TI 10

Kongsi
Aster mungkin menarik diri daripada TI 10

Pasukan Aster yang mewakili China mungkin akan menarik diri daripada kejohanan The International 10, Dota2.

Menurut siaran awam rasmi, beberapa pemain Dota 2 Pasukan Aster telah menunjukkan masalah kesihatan yang berpotensi besar dengan ujian positif hanya beberapa hari sebelum TI10 dilangsungkan. 

Pemain yang positif adalah “Borax”, “Xxs”, “Monet” dan jurulatih mereka “Mad”. Terdapat salah seorang kakitang lain yang turut berjangkit.

Pasukan ini menyebarkan berita malang itu melalui laman media sosial rasmi China. Semua pasukan China yang tinggal di hotel yang sama juga telah diuji. Setiap pemain dari Elephant, Vici Gaming, dan Invictus Gaming juga menjalani pemeriksaan kesihatan mereka.

Aster masih boleh bertanding secara teoritis di TI10. Format peringkat kumpulan ini mungkin akan serupa dengan Dota2 Major yang telah diadakan pada tahun ini. Sekiranya Aster tidak dapat bertanding, pasukan China kemungkinan besar akan dipaksa untuk menyerah kalah pada perlawanannya dan menerima tempat ke-18.

Ini mungkin sejarah paling terburuk buat pasukan Aster selepas bermacam masalah yang mereka hadapi dan tidak dapat untuk meneruskan kejohanan The International 10.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *