MEMUAT

Taip untuk mencari

Adakah Team Secret akan sekali lagi mara ke PMGC pada musim ini?

atq_hyprgame
Kongsi

Team Secret merupakan salah satu pasukan yang mempunyai peminat yang cukup besar dalam kalangan komuniti e-sukan. Mereka juga merupakan pasukan harapan untuk ke PMGC S1. 

Sebelum ini, Team Secret pernah mewakili PMGC S0 ketika pasukan mereka dibarisi oleh Jangs, Rex, uHigh, iShotz dan Madtoi. Mereka berjaya mendapatkan tempat ke-7 di PMGC S0.

Tidak dapat dinafikan, satu pencapaian yang baik buat Team Secret.

Mengenali pasukan itu, mereka selalu memberikan persembahan yang baik. Walaupun terdapat hari-hari yang kurang baik, mereka akan selalu cuba untuk “comeback” dan jadi yang terbaik. 

Sumber: Team Secret

Kini, di PMPL MYSG S4, pasukan itu membuat penambahan bagi pemain baru iaitu Kid yang dulunya bernaung di bawah pasukan Todak. 

Team Secret dibarisi oleh 6 orang pemain iaitu iShotz, Madtoi, Fredo, Jumper, Y2K dan Kid. Barisan pemain ini akan melengkapkan roster bagi PMPL MYSG S4. 

Jika dilihatkan di liga PMPL MYSG S4 yang telah berlangsung pada 24 Ogos sehingga 12 September yang lalu, Team Secret merupakan antara pasukan yang menunjukkan prestasi yang sangat baik. 

Terdapat beberapa hari di mana pasukan ini kurang menyerlah dan sukar untuk mengekalkan kedudukan mereka di dalam permainan.

Tetapi mereka selalu berpegang pada satu prinsip iaitu “trust the process“. 

Sumber: PUBG Mobile Esports Malaysia

Walaupun permainan mereka kurang memuaskan, namun bagi Team Secret, untuk mendapatkan kembali momentum di dalam permainan bukanlah sesuatu yang sukar. Mereka terdiri daripada pemain-pemain yang berbakat besar dan pernah membawa nama Malaysia ke peringkat global dan dunia.

Namun, di dalam setiap kompetitif, pasti tekanan itu lebih tinggi. Itu apa yang dirasakan oleh Team Secret di mana mereka telah menempatkan di kedudukan ke-2 liga selama 2 kali berturut-turut.

Tentunya mereka mahu mendapatkan slot ke SEA S4 League dan PMGC S1.

Kini, Team Secret mendahului mata PMGC dengan 884 mata. 2 pasukan yang telah mengikut rapat mata untuk ke PMGC S1 adalah pasukan 4Rivals (846 mata) dan Axis RedOne (839 mata).

Dapatkah Team Secret mendominasi kedudukan pertama untuk mewakili Malaysia ke PMGC S1?

Pasukan manakah yang akan menjadi juara PMPL MYSG S4?

Saksikan 16 pasukan yang akan berentap di Grand Finals PMPL MYSG S4 pada 24 September sehingga 26 September ini di laman rasmi Youtube dan Facebook PUBG Mobile Esports Malaysia!

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *