Di dalam video yang dimuat naik oleh @kesiansingle01 dan @DoZ|HanS di aplikasi TikTok, video itu menunjukkan bahawa DoZ FazTR telah melakukan hacking ketika bermain di arena Team Death Match (TDM) di dalam PUBG Mobile.
DoZ FazTR yang pernah memasuki kejohanan 1v1 di mana individu tersebut mengalahkan beberapa pemain profesional PUBG Mobile antaranya adalah AdikLuq, Abiy, J8 Aniq dan lain-lain, beliau juga menjadi juara untuk pertandingan tersebut.
Namun, jika dilihat dari video yang dimuat naik oleh pemilik video di TikTok itu, individu tersebut menunjukkan bahawa mustahil untuk seorang pemain mempunyai “aim crosshair” yang sempurna dan stabil tepat di kepala.
Disebabkan oleh isu “aim crosshair” yang terlalu sempurna ditunjukkan oleh DoZ FazTR, individu tersebut mengajak DoZ FazTR untuk membuat “gameplay handcam” bagi membuktikan yang DoZ FazTR tidak melakukan hacking tersebut.
Tetapi, DoZ FazTR masih belum membuktikan perkara tersebut, dan hanya memuatnaik gameplaynya di aplikasi TikTok dan tidak mampu untuk menunjukkan beliau bermain secara bersih.
Jangan lupa ikuti Hyprgame di Twitter, Facebook dan Instagram untuk berita menarik!