MEMUAT

Taip untuk mencari

Team Vietnam, D’Xavier ditaja oleh Dingoz Esports

atq_hyprgame
Kongsi

Sebelum ini, Dingoz Esports pernah menjadi penaja untuk pasukan MPX yang dibarisi oleh Appy, IronPro, Pemburu, Rith dan Eypul

Tetapi, pada 2 Ogos yang lalu, organisasi itu mengumumkan bahawa perjalanan Dingoz MPX akan berakhir. Menurut satu kenyataan yang dimuat naik di Facebook rasmi Dingoz Esports, pasukan Dingoz MPX akan meneruskan karier mereka di tempat lain. 

Organisasi itu mengucapkan ucapan terima kasih kepada pemain pasukan tersebut kerana telah memberikan yang terbaik dalam menaikkan nama Dingoz Esports serta industri e-sukan. 

Kini, Dingoz Esports meluaskan sayap mereka dengan menaja pasukan PUBG Mobile dari Vietnam iaitu Xavier. Pasukan itu akan membawa nama DoZ Xavier (D’Xavier) di PMPL Vietnam yang akan datang. 

Pengumuman itu dibuat di laman rasmi Dingoz Esports semalam apabila organisasi itu memuat naik gambar pasukan baru yang akan berada di bawah tajaan mereka. 

Tahniah dan semoga maju jaya buat DoZ Xavier yang akan bertanding di PMPL Vietnam nanti!

Baca dengan lebih lanjut di Facebook: Dingoz Esports

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:
Artikel sebelumnya

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Seterusnya