MEMUAT

Taip untuk mencari

PaperRex tersingkir dari Kejohanan Masters Berlin

Kongsi
PaperRex tersingkir dari Kejohanan Masters Berlin

Berakhir sudah perjalanan Paper Rex di kejohanan Masters Berlin. Paper Rex yang mewakili Southeast Asia selepas mereka mendapat nombor 2 di VCT stage 3.

Paper Rex yang sebelum ini tewas untuk perlawanan mereka yang pertama 0-2 ke atas Vision Strikers membuatkan pasukan ini dalam kedudukan yang goyah untuk meneruskan kejohanan itu.

Semalam, adalah perlawanan terakhir buat pasukan ini selepas kalah telak di tangan pasukan SuperMassive Blaze 1-2.

PaperRex yang telah mendominasi untuk pusingan pertama di map Haven 14-12. Tetapi mereka telah dihajar teruk semasa di pusingan kedua di map Breeze 2-13 kemenangan mudah buat pasukan SMB.

Di pusingan yang ke 3 mereka bermain di map Split, saingan yang diberikan kedua-dua pasukan sangat sengit dan PRX berakhir dengan kekalahan telak 10-13. Walaubagaimanapun, ini adalah satu pencapaian dan pengalaman yang baik buat mereka. 

Kita mengharapkan pasukan PaperRex akan kembali dengan lebih kuat dan menjuarai kejohanan yang seterusnya, mereka juga beruntung dapat melakukan latihan “Scrim” dengan pasukan-pasukan ternama . Moga PaperRex akan terus maju dan berjaya di masa akan datang.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Seterusnya