MEMUAT

Taip untuk mencari

Map Fracture terasa seperti bermain di CSGO- Shroud

Kongsi
Map Fracture terasa seperti bermain di CSGO- Shroud

Streamer Twitch yang mahir dalam permainan FPS, Michael Grzesiek “Shroud” telah mencuba map baharu yang dikeluarkan Riot Games baru-baru ini, dan dia berpendapat peta baharu itu terasa seakan sama dengan peta Counter-Strike: Global Offensive.

Riot membuat reka bentuk peta ini khas dan menambah sentuhan baru pada genre permainan.

Baru-baru ini di siaran langsung beliau di Twitch,Shroud yang mencuba bermain di peta baharu itu dan dia amat berpuas hati dengan peta baharu yang dikeluarkan oleh Riot Games.

“Ini sangat hebat. Rasanya seperti peta di CS dan seperti Breeze, ”kata Shroud.

Tidak seperti peta Valorant lain yang mengikuti tema asalnya, peta Fracture menggabungkan pelbagai sudut pemandangan menjadi satu. Peta itu mempunyai dua sisi pemandangan yang berbeza iaitu kemusnahan dan rimbunan hijau. Susun atur bentuk-H yang unik, tetapi Shroud berpendapat bahawa semangat keseluruhan peta itu sama seperti beberapa susun atur di dalam peta CSGO.

Walaupun Fracture mempunyai konsep double spawn, peta tersebut mirip dengan CSGO’s iaitu Mirage dan Ancient, di mana Spawn dari kedua-dua site memainkan peranan penting dalam permainan tersebut.

Shroud juga mengatakan beliau menyukai peta baharu itu kerana ia mempunyai kelainan berbanding peta baharu yang dikeluarkan Valorant sebelum ini “Breeze”.

Pandangan daripada pemain profesional berkenaan peta baharu ini sangat positif berbanding map yang dikeluarkan oleh Valorant sebelum ini. 

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Seterusnya