MEMUAT

Taip untuk mencari

Worlds 2021 di Iceland’s Laugardalshöll Indoor Sporting Arena

atq_hyprgame
Kongsi

Acara League of Legends yang terbesar iaitu Worlds 2021 akan berlangsung di Iceland Laugardalshöll Indoor Sporting Arena. 

Sebelum ini, Riot Games juga melangsungkan Valorant Masters dan 2021 Mid-Season Invitational di Iceland’s Laugardalshöll Indoor Sporting Arena. 

Sumber: Riot Games

Acara itu akan dibahagikan kepada 5 peringkat iaitu pada 5 October sehingga 9 October  peringkat “play-in” akan dimulakan diikuti dengan peringkat kumpulan yang bakal berlangsung pada 11 Oktober sehingga 18 Oktober. 

Manakala, playoffs bagi peringkat suku akhir akan bermula pada 22 Oktober sehingga 25 Oktober.

Dan akhir sekali, peringkat akhir akan berlangsung pada 6 November. Walaupun ini merupakan kejohanan “offline”, namun Riot Games mengatakan bahawa orang ramai tidak dibenarkan hadir. 

Sumber: Riot Games

Semua peringkat akan diadakan di Iceland sendiri. 

Walau bagaimanapun, disebabkan oleh pandemik yang sedang melanda dan pasukan yang menyertai memerlukan kebenaran untuk berada di Iceland dan pulang ke negara mereka semula selepas tamat kejohanan, pihak Riot Games masih membuat pemerhatian mereka. 

Pihak Riot Games menjangka bahawa keputusan muktamad akan dibuat dalam minggu ini. 

Sumber: Riot Games

Riot Games mengambil berat akan pandemik yang melanda lebih-lebih lagi dengan varian baru iaitu Delta dan Sekatan perjalanan yang dibuat oleh setiap negara.

Proses ini mengambil masa yang agak lama. Oleh itu, penempatan Worlds 2021 di Laugardalshöll Indoor Sporting Arena, Iceland masih dalam pemerhatian.

Kesemua 22 pasukan yang akan menyertai Worlds 2021 adalah muktamad selepas mereka melalui liga serantau (regional league) yang telah berlangsung melalui offline dan online mode di seluruh dunia. 

Antara pasukan yang bakal mengikuti Worlds 2021 adalah LPL winner EDward Gaming, LCK winner DWG KIA, LEC winner MAD Lions, and LCS winner 100 Thieves dan banyak lagi!

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *