MEMUAT

Taip untuk mencari

Agent Baru “Deadeye” di Episode baru.

Kongsi
Agent Baru "Deadeye" di Episode baru.

Valorant mungkin akan mengeluarkan satu agen baharu di Valorant yang dinamakan “Deadeye”. Jangkaan agent ini akan dikeluarkan pada 8 September ini  selepas tamatnya Episode 3 Act 2.

Sebelum ini Riot Games mengeluarkan agent cybernetic KAY / O, dan sekarang pihak develop ini mengeluarkan Ejen 17 yang dinamakan “Deadeye” tidak lama lagi.

Walau bagaimanapun Ejen “Deadeye” ini pertama kali ditemukan semasa Valorant’s Year One Anthem pada bulan Jun yang lalu, dan sejak itu banyak klu yang diberikan untuk kemunculannya pada Act 2 ini.

Tiada petunjuk yang rasmi untuk nama ejen itu, kerana ‘Deadeye’ hanyalah nama kod, tetapi ini boleh menjadi rujukan untuk gaya apa yang dimiliki oleh ejen ini.

Dengan nama kod yang diberikan ini, Deadeye berkemungkinan Ejen duelist yang keenam di Valorant. Berkemungkinan Ejen ini mempunyai abiliti yang lebih kepada damage terhadap pihak lawan ataupun ejen yang memberi Vision yang jelas pada dirinya.

Ini bermaksud yang paling awal kita dapat melihat kemunculan “Deadeye” adalah 22 September dengan patch 3.06 jika pihak Riot Games mengikuti corak yang sama seperti tahun lalu dengan melepaskan peta dan ejen baru bersama-sama.

Kita semestinya mengharapkan lebih banyak maklumat mengenai pembebasan Deadeye dalam jangka masa Episode 3 Act 2, yang akan dilancarkan dengan peta baru yang diberi nama ‘Canyon’.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:
Artikel seterusnya

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Seterusnya