MEMUAT

Taip untuk mencari

Ziso, Kyrul sertai roster baru Team SMG di PMPL S4

atq_hyprgame
Kongsi

Sebelum menjelang PUBG Mobile Pro League S4, semua pasukan sudah pun mengunci pemain yang akan menyertai pasukan mereka. 

Menurut laman rasmi Facebook PUBG Mobile Esports Malaysia, transfer window telah pun ditutup pada 31 Julai yang lalu. Jadi, pasukan-pasukan PMPL S4 sudah pun mengunci pemain mereka sebelum tutupnya transfer window. 

Tetapi, pengumuman tentang pemain baru boleh diumumkan selepas tamat transfer window dan sebelum berlangsungnya PMPL S4. Transfer window tidak lagi boleh dibuat selepas dari 31 Julai

Terbaru, Team SMG Malaysia ada memuat naik satu video di media sosial mereka tentang pembaharuan dalam roster pasukan mereka di PMPL S4. 

Untuk melihat video penuh tentang roster baru Team SMG Malaysia, boleh ke media sosial rasmi mereka di Facebook dan Instagram Team SMG Malaysia.

Dalam akhir video tersebut, pasukan itu mendedahkan kemasukan pemain kelima mereka iaitu Ahmad Qayhfishah atau lebih dikenali sebagai Ziso.

Ziso dulu pernah menjadi sebahagian daripada pasukan Taugeh Ayam.

Selain dari Ziso, Team SMG juga mengumumkan kemasukan analisis baru di dalam pasukan tersebut iaitu Kyrul. Kyrul akan bertindak sebagai analisis Team SMG untuk PMPL S4 kali ini. 

Ini tentunya merupakan pengalaman terbaru buat Kyrul sebagai seorang analisis. Di usia yang muda, bakat Zyrul telah diketengahkan oleh Team SMG. Semestinya satu peluang yang baik buat Kyrul! 

Roster baru Team SMG nampaknya sudah lengkap dengan kehadiran pemain kelima mereka, Ziso dan analisis muda, Kyrul.

Pasti peminat Team SMG tidak sabar untuk menyaksikan kebolehan dan kekuatan mereka di arena PMPL S4 pada 24 Ogos ini. 

Tahniah buat Ziso dan Kyrul kerana menjadi sebahagian dari keluarga Team SMG. Kepada peminat dan penyokong, jangan lupa berikan semangat buat Team SMG di PMPL S4! 

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *