MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

Dominasi Thailand Di Hari 1 PMRC 2022

ai hyprgame
Kongsi
Dominasi Thailand Di Hari 1 PMRC 2022
Kredit : PUBG Mobile Esports Malaysia

PUBG Mobile Regional Clash PMRC 2022 telah pun memulakan hari pertamanya semalam menyaksikan 16 pasukan daripada setiap wilayah Asia dan China bersaing bagi merebut gelarang sang juara.

Menerusi Overall Ranking daripada PUBG Mobile Esports Malaysis, pasukan Thailand kini mendominasi perlawanan semalam bermula daripada Top 1 sehingga Top 3.

Kredit : PUBG Mobile Esports

Infinity daripada Thailand yang dikuatkan bersama Noozy berada di Top 1 dengan 54 Elims, 83 Total Pts dan sempat meraih Double Winner Winner Chicken Dinner pada match semalam. Bersama Infinity Noozy telah berjaya mencatat 19 Elims di pusingan ke-2 dan WWCD. Manakala dua lgi pasukan Thailand yang berada dikedudukan Top 2 dan Top 3 adalah Faze Esports dan Bacon Esports

Pasukan China yang dikhabarkan sebagai pasukan kuat juga nampaknya masih belum mendapatkan tempo mereka kerana masing-masing berada dikedudukan yang sangat ketara dengan pasukan Thailand. Hanya LGD Gaming berada di Top 5, walaubaaimanapun Nova Esports, dan SMG masing-masing berada di kedudukan Top 9 dan Top 14. Adakah hari pertama ibarat sesi memanaskan badan buat wilayah China ini?

Dominasi Thailand Di Hari 1 PMRC 2022
Kredit : PUBG Mobile Esports Malaysia

Pasukan Malaysia yang di wakili oleh SEM9, Geek Fam dan 4Rivals masing-masing berada dikedudukan yang boleh dikatakan agak baik kerana hampir dan jauh meninggalkan gergasi China didalam Overall Ranking hari pertama PMRC 2022.

Seperti yang kita dapat lihat SEM9 terkini berada di Top 7, cuma beza dua anak tangga dengan pasukan LGD Gaming, SEM9 membuat pembukaan yang mantap di peta Sanhok dan berjaya mendapatkan WWCD selepas menolak Faze Clan. Namun begitu, kekuatan legasi Thailand ini masih tidak dapat ditangani oleh SEM9 yang masih mencari rentak mereka untuk ke Top 1. Secara keseluruhannya semalam pasukan SEM9 mendapat 14 Elims dan 25 Total Pts.

Manakala Geek Fam berada di Top 8 berada di atas Nova Esports dan meninggalkan SMG agak jauh didalam perlawanan semalam. Geek Fam mendapat 16 Elims, 24 Total Pts tetapi belum lagi ada rezeki untuk meraih sebarang WWCD.

Pasukan 4Rivals pula agak menyerlah di match ke-4 dengan Top 3 finish, walaubagaimanapun mereka too soon di pusingan terakhir dan terpaksa akur untuk berada di Top 11 jauh meninggalkan rakan Malaysia yang lain.

Adakah pasukan Malaysia akan bangkit semula atau Thailand terus mendominasi? Bagaimana pula dengan pasukan China yang dikatakan sebagai lawan yang paling digeruni beraksi di hari ke-2 PMRC 2022 ini? Teruskan sokongan dan harapan buat Malaysia!

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *