MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

Double Trouble, Bab Baharu Di Free Fire

ai hyprgame
Kongsi

Garena Free Fire telah mengumumkan satu lagi siri terbaharu bagi permainan ini iaitu Double Trouble. Kali ini ianya akan menfokuskan kepada penceritaan kepada karakter Tatsuya Garcia dan adiknya Shirou.

Semalam Garena Free Fire di hampir seluruh wilayah telah memuatnaik trailer berkenaan projek terbaharu ini di platform media sosial rasmi mereka.

Kredit : Garena Free Fire

Dua figura ini akan melalui cabaran sebagai adik-beradik didalam meneruskan kehidupan. Didalam bahasa yang mudah “Double Trouble” juga kita boleh maksudkan “Stronger Together” iaitu kita akan lebih kuat jika berkerjasama.

Ini sememangnya seiring dengan konsep atau tema permainan Free Fire yang memerlukan kekutan secara berkumpulan ketika di medan pertempuran.

Kredit : PinoyTechSaga

Seperti biasa jika siri atau karakter baharu dilancarkan didalam Garena Free Fire, pelbagai kemaskini patch baharu akan dinikmati oleh komuniti esukan kompetetif Free Fire.

Ini akan memberikan pengalaman yang luarbiasa dan menakjubkan kepada pemain Free Fire.

Peminat dan pemain sudah boleh melihat plot twist yang dramatik dan penuh aksi menerusi Double Trouble yang akan dilancarkan pada 24 September 2022 ini.

Sempena pelancaran filem ini di Garena Free Fire, pelbagai aktiviti yang mengujakan seperti Special Web Event, dan kandungan In-Game juga akan diumumkan pada 23 September 2022.

Pastikan untuk menandakan kalendar anda bagi menyaksikan cerita penuh Free Fire Tales: Double Trouble sekaligus menyaksikan Tatsuya dan Shirou saling beradaptasi dengan perbezaan mereka bagi menumpaskan kejahatan.

Jangan terlepas untuk berpeluang mendapatkan reskin penuh Double Trouble, senjata dan koleksi item, in-game content dan banyak lagi tawaran menarik buat penggemar Free Fire. Malahan pemain juga boleh berperanan sebagai Tatsuya dan bersaing bersama Shirou didalam misi permainan ini. Anda juga boleh menyertai “Griza Fighter” Web event dan bertembung dengan pelbagai watak “Villains” didalam pertarungan ini.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *