Acara kejohanan Valorant Champions VCT telah membuka tirainya semalam dengan menyaksikan pertarungan antara Paper Rex dan EDward Gaming di Istanbul.
Selepas dinobatkan sebagai Runner-Up di kejohanan Valorant Master Copenhagen 2022 yang lalu, Paper Rex (PRX) yang dianggotai oleh Benkai, F0rsaken, Dava1, Jingg dan mindfreak ini telah membuktikan kredibiliti mereka sebagai satu pasukan yang kuat dengan pertahanan, kebolehan dan gaya tersendiri.
Bertarung dengan EDward Gaming daripada China ini sememangnya sudah lama ditunggu oleh Paper Rex walaupun EDG dikatakan sangat kuat dan berpotensi menerusi kejohanan sebelum ini.
Sebelum ini kedua-dua legasi ini dipertemukan di Masters Copehagen Grand Final kerana EDG dan PRX telah berada didalam satu kumpulan dan menjadikan pasukan ini sebagai pembuka di Valorant Champions Instanbul 2022 semalam.
Walaubagaimanapun ketakutan Paper Rex akhirnya berjaya diatasi apabila mereka menamatkan hari pertama semalam dengan skor 2-1 menumpaskan EDG
Sedikit recap, pada awalnya EDG sempat memonopoli permainan di awal Map Pearl, namun selepas 5 pusingan menyebelahi pasukan daripada China ini Paper Rex pula membaca corak permainan lawan mereka sehingga mampu menyamakan skor mereka pada pusingan ke-6 (Game 1). Kedududan di Game 2 juga masih sama dan EDG seolah-olah tidak mahu memberi peluang untuk PRX meratakan kedudukan mereka. Akhirnya tiba Game 3, PRX menewaskan EDG dengan 2-1 setelah bertarung di Map Haven.
Hari ini (hari kedua), PRX akan bertarung sekali lagi dengan Leviatan yang telah bertemu dengan Team Liquid untuk mengunci slot mereka menjadi pasukan Top di pusingan Bracket Playoff. Manakala pasukan EDG pula akan bertarung di pusingan lower bracket bersama Team Liquid untuk menentukan dimanakah hala tuju mereka seterusnya di VCT 2022 ini.
Jangan lupa ikuti Hyprgame di Twitter, Facebook dan Instagram untuk berita menarik!