MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

Dedah Isu Dalaman, Madtoi Tidak Profesional?

ai hyprgame
Kongsi
Dedah Isu Dalaman, Madtoi Tidak Profesional?

Didunia warganet semalam bukan main kecoh lagi berkenaan isu Madtoi yang dikatakan tidak akan bersama lagi dengan Team Secret bagi musim yang seterusnya.

Ini menjadikan tanda tanya dan membuatkan ramai peminat dan penyokong Team Secret mula membuat spekulasi tentang punca terjadinya perkara ini.

Malahan di media sosial sudah tersebar akan perbualan Madtoi bersama-sama warganet. Mereka cuba mencari tahu tentang sebab dan kepastian daripada Madtoi tentang penarikan dirinya daripada legasi tersebut.

Sungguh mengejutkan apabila Madtoi sendiri mendedahkan tentang isu dalaman yang dihadapinya menyebabkan dia seakan-akan dipaksa untuk keluar daripada divisi ini.

Kredit :Javen Lim

“Sadly yes not part of Malay pubgm anymore.”

” Ya, saya tidak lagi menjadi sebahagian daripada pasukan PUBG Malaysia lagi.”

Kredit :Javen Lim

Walaubagaimanapun selepas tangkapan skrin perbualan Madtoi dan peminat-peminat ini tersebar, isu ini mula menjadi semakin panas apabila ramai yang mempertikaikan sikap Madtoi yang tidak profesional kerana mendedahkan hal peribadi dan sulit kepada umum.

Ini kerana apa yang dikatakan oleh Madtoi ini akan memberikan kesan negatif kepada nama dan imej pasukannya sekarang. Ianya bukan sahaja akan melibatkan Madtoi sahaja, malahan akan melibatkan ramai pihak yang berkenaan.

Kredit : Ismail Ismaily

Warganet juga beranggapan yang isu sebegini adalah terlalu “private and confidential”, ianya tidak sepatutnya didedahkan begitu sahaja. Lagi pula perkara ini tidak boleh didengarkan daripada sebelah pihak sahaja. Malahan ianya memerlukan penjelasan dan klarifikasi yang tepat daripada kedua-dua pihak yang berkaitan.

Setakat ini belum lagi ada pencerahan yang sebenar dan kenyataan rasmi berhubung isu ini daripada Team Secret sendiri di media sosial rasmi mereka. Oleh yang demikian warganet tidak boleh terus membuat kesimpulan tentang perkara yang terjadi ini.

Lumrah dunia esukan dan sukan seumpamanya pasti tidak akan terlepas daripada drama dan gosip. Tambahan pula jika sesuatu pemain mahupun pasukan itu sudah mempunyai fans dan dikenali ramai akan mempengaruhi persembahan mereka di mana-mana kejohanan. Siapalah yang tak nak menang? dan inginkan kekalahan? pastinya pemain-pemain anda ingin memberikan yang terbaik kepada Malaysia khususnya.

Semoga ada jalan penyelesaian yang terbaik buat Madtoi dan pasukan ini. Kerana kita tidak ingin scene esukan kita dicemari dengan kebencian dan permusuhan. Kita harus menanganinya secara sihat, bijaksana dan profesional.

Jika benar Madtoi akan keluar hari ini daripada Team Secret, kami mengharapkan perjalanan Madtoi selepas ini adalah lebih baik. Manakala buat Team Secret juga kami mendoakan mereka terus berjaya, komited dan terus fokus untuk konsisten memenangi perlawanan yang akan datang. Good Luck and All The Best !

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *