MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

Daripada Rapidoot Ke Dudut Untuk Sertai MDL?

ai hyprgame
Kongsi
Daripada Rapidoot Ke Dudut Untuk Sertai MDL?

Ralph Adrales atau juga dikenali sebagai Rapidoot didalam kalangan komuniti esukan kompetetif Mobile Legends Bang Bang MLBB khususnya di Filipina kini rasminya telah menyertai Mobile Legends Development League atau MDL Musim pertama bagi wilayah Filipina.

Kredit : Onic PH

Malahan pemain Filipina ini turut menukarkan nama IGN nya daripada Rapidoot ke Dudut berkesesuaian dengan penerokaan baharu bersama MDL PH S1.

Sebelum ini ramai peminat yang tertanya-tanya tentang sebab ketiadaan pemain berumur 23 tahun ini didalam Roster MPL PH S11 sehingga pelbagai spekulasi ditimbulkan oleh para netizen.

Kredit : Spin PH

Tetapi segalanya terjawab setelah bintang MLBB PH ini melebarkan bakatnya didalam MDL PH S1 dibawah divisi Onic Arsenals. Selain itu jurulatih Onic Arsenals turut menyatakan yang Rapidoot turut mempunyai keutamaan lain didalam hidupnya

Mungkin ramai yang masih tidak tahu tentang status Dudut (Rapidoot) sebagai seorang pelajar kolej tahun 4 dan dia pasti akan kesibukan jika meneruskan di MPL. Oleh yang demikian Dudut ingin mengutamakan pelajaran tetapi pada masa yang sama tidak ingin berhenti berlatih sekaligus membuat keputusan untuk menyertai MDL.

Jika dilihat persembahan Rapidoot ketika di MPL PH S10 yang lalu turut menunjukan yang dia masih mengekalkan momentumnya serta kemahirannya dengan baik semasa berlawan.

Kerana bakatnya didalam dunia esukan kompetetif Mobile Legends Bang Bang MLBB tak kurang hebatnya, Coach Jseff sendiri telah mencadangkan untuk menyerap Dudut menyertai divisi ini.

Dudut sebelum ini pernah ditawarkan untuk menyertai RSG PH pada MPL PH musim lalu, Tetapi dia menolak tawaran tersebut untuk setia bersama Onic Esports. Kemudian di 2023 ini, Dudut memilih untuk tetap bersama organisasi ini denan menyertai MDL PH S1 bersama Onic Arsenals. Cara ini dapat mengekalkan kerjayanya sebagai pemain profesional yang seiring dengan bakat, pengalaman dan kebolehannya.

Peranan Dudut semasa bersama Onic adalah sebagai Roamer, Tetapi tanggungjawabnya semakin besar apabila menyertai MDL kerana dia juga akan beraksi sebagai kapten pasukan.

Di MDL pemain boleh mengimbangi pelajaran dan permainan dengan sebaiknya kerana ianya penting bagi menginspirasikan pemain muda lain yang minat dunia esukan kompetetif MLBB ini.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik

IKUTI Funbet8 for the latest sports and esports betting odds!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *