MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

Garyy Berehat Seketika Fokus Pelajaran?

ai hyprgame
Kongsi
Garyy Berehat Seketika Fokus Pelajaran?
Kredit : Genesix

Muhammad Syafizan atau juga dikenali sebagai Garyy didunia esukan kompetetif Mobile Legends Bang Bang MLBB dikhabarkan akan berehat seketika daripada dunia esukan MLBB untuk fokus kepada pelajaran yang menjadi keutamaan buat keluarganya.

Team Haq pastinya akan kehilangan Jungler berharga bagi menghadapi MPL MY S11 yang akan berlangsung tidak lama lagi. Menurut sumber yang dikongsi di media sosial, Keluarga Garyy amat menitikberatkan pelajaran dan mahukan Garry untuk seimbangkan dengan kebolehan didalam dunia esukan ini.

Berumur 18 tahun, Garyy sudah berpengalaman beraksi di pentas utama MPL MY sekaligus menyertai beberapa pasukan MLBB MY seperti Reborn, Orange Esports dan Team Haq.

Garyy juga dikatakan sebagai salah satu jungler terbaik Malaysia oleh komuniti kerana persembahannya di pentas Mobile Legends Bang Bang MLBB. Walaubagaimanapun, Dunia esukan bukanlah kerjaya yang sebenar untuk seseorang individu “settle off” seperti yang sering diperkatakan oleh ramai senior esukan. Malahan pelajaran harus diutamakan kerana ianya akan menjadi bekalan dikemudian hari jika seseorang pemain itu tidak lagi relevan. Oleh yang demikian perancangan jangka panjang haruslah dilakukan.

Bersama Team Haq, Garyy berjaya melepasi babak Qualifier di MPL MY S10 yang lalu dan kemudiannya meneruskan langkah mereka ke Playoffs MPL MY S10. Hasil ketekunan Garyy dan Team Haq berjaya menjadi wajah baharu M4 World Championship sekaligus bersaing dengan pasukan dunia yang lain.

Walaubagaimanapun debut pertama mereka di M4 World Championship gagal setelah ditewaskan oleh Incendio Supremacy yang akhirnya menamatkan perjuangan mereka di siri dunia itu.

Sepanjang penglibatannya didalam dunia MLBB, Garyy juga telah beraksi didalam beberapa perlawanan seperti MPL MY S7, MPL MY S9, MSC 2022, One Esports MPL Invitational 2022 dan lain-lain lagi.

Berita tentang Garyy ingin berehat ini hanyalah sekadar khabar angin dan pihak Team Haq sendiri belum lagi mengeluarkan kenyataan atau pengumuman rasmi berkenaan Roster terkini bagi MPL MY S11. Dikatakan komunti esukan MLBB akan mendapat beberapa pengumuman daripada Team Haq pada minggu ini.

Jika benar Garyy akan berehat, Siapakah yang akan beraksi bersama Team Haq menggantikan Garyy sebagai Jungler di pentas MPL MY S11 nanti? Kita tunggu dan lihat nanti!

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik

IKUTI Funbet8 for the latest sports and esports betting odds!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *