MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

Old G Tak Berjaya Ke Division II DPC 2023 WEU Winter Tour

ai hyprgame
Kongsi
Old G Tak Berjaya Ke Division II DPC 2023 WEU Winter Tour

Old G telah gagal untuk melayakkan diri ke Division II bagi Dota Pro Circuit (DPC) 2023 Western Europe Winter Tour (WEU).

Kredit : onDOTAcom

Pasukan ini kalah ditangan Ooredoo Thunders ketika di Upper Bracket Final di kelayakkan tertutup

Walaubagaimanapun, Old G tidak mampu untuk mengambil satu peluang terakhir saat memerlukan sekaligus kalah dengan skor 2-0 ketika bertembung Monaspa

Kredit : onDOTAcom

Old G tidak mampu maju ke Division II walaupun ramai yang beranggapan yang divisi ini akan ada peluang tinggi untuk memenangi siri ini.

Malahan ada yang merasakan pemain Monaspa mempunyai potensi untuk mewujudkan kekecewaan kepada lagenda Old G ini.

Pada awal permainan pertama memihak kepada Monaspa apabila duo mereka iaitu Lasha Narsia Morphlonh (Nande) dan Irakli Peranidze Tinker (W1sh) mampu untuk mendominasi permainan dengan potensi mereka.

Kredit : esports.gg

Walaubagaimanapun, Ketika di pertengahan permainan Old G mula mendapatkan peluang dengan pengalaman duo Volodymyr Minenko Slark (Noone) dan Topias Taavitsainen Sniper (Topson) untuk menangani situasti getir itu.

Tetapi nasib tidak menyebelahi Old G apabila peluang tersebut berakhir dengan sia-sia kerana persaingan sengit antara pasukan ini memberikan ruang kepada Monaspa menang selepas 35 minit permainan pertama

Memasuki babak permainan kedua (Game Two), Monaspa kekal mendominasi dengan core hero mereka yang mampu serang dan menyerang di lane phase

Kemudian ke pertengahan permainan (mid-game),Old G cuba untuk melengahkan masa permainan dengan terus berlawan.

Mereka menggunakan core hero untuk membuka kunci sepenuhnya bagi perlawanan akhir itu. Si pembunuh upahan Nande Phantom berjaya membenarkan Monaspa untuk mendapatkan “upper hand” damage output

Akhirnya Monaska menamatkan siri ini selepas 45 minit, Setelah menutup peluang Old G untuk menjejakkan kaki mereka ke Division II of the DPC 2023 WEU Winter Tour.

Kelayakkan tertutup di WEU region telah rasmi membawa Ooredoo Thunders & Monaspa di slot Division II bagi musim baharu DPC 2023 WEU Winter Tour.

Manakala Old G pula perlu menunggu sehingga DPC 2023 WEU Winter Tour berakhir jika mereka ingin mencuba lagi melayakkan diri buat Division II.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *