MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

Todak, OE, THQ Wakili MY DI MPLI 2022

ai hyprgame
Kongsi
Todak, OE, THQ Wakili MY DI MPLI 2022

MPLI atau juga dikenali sebagai MPL Invitational 2022 merupakan acara yang dianjurkan oleh Moonton dan One Esports untuk meraikan pasukan-pasukan terbaik di MPL Indonesia,  Malaysia,  Filipina, Singapura dan Kambodia bersaing di pentas acara ini.

Kredit : GosuGamers

Sehubungan dengan itu, Wakil Malaysia iaitu Team Haq (THQ), Todak dan Orange Esports (OE) telah dijemput oleh Moonton dan One Esports untuk memeriahkan lagi acara ini sekaligus membawa pulang kejuaraan buat negara ini.

MPL Invitational 2022 MPLI akan membuka tirainya bermula hari ini 2 November 2022 sehingga 6 November 2022 secara online dengan Prize Pool yang lumayan sebanyak $100,000 USD.

Kredit : One Esports

Pasukan pertama yang akan memulakan perlawanan di pusingan 1 (Round 1) adalah Orange Esports daripada Malaysia vs Burn X Team Flash daripada Kambodia.

Menerusi MPLI 2022, Kita bakal melihat Captain Draft yang unik daripada juara MPL didalam Lane Of Dawn. Malahan juara MPL daripada Malaysia, Indonesia, Filipina dan Singapura secara automatiknya akan layak ke Quater-Finals, Dan akan memilih lawan mereka di pusingan seterusnya “Brake Section”.

Susunan pemilihan akan ditentukan oleh cabutan (Lottery-Style Draw). Setelah pesanan ditentukan, Captain Drafting akan diteruskan didalam format berulang (iaitu 1,2,3,4,4,3,2,1) sehingga semua pasukan telah dipilih.

Seramai 20 pasukan yang terdiri daripada 8 pasukan MPL ID S10, 6 pasukan MPL PH S10, 3 pasukan MPL MY S10, 2 pasukan MPL SG S4 dan 1 pasukan MPL KH 2022 layak bersaing di MPLI 2022 ini. Kemudian di Playoff yang bermula 2-6 November 2022 ini pula akan menggunakan Format Single Elimination, Bo3 di semua Match dan Bo5 di Grand Final.

Semoga Todak, Team Haq dan Orange Esports mampu memberikan saingan yang sengit kepada pasukan lain nanti dan membawa pulang kemenangan buat Malaysia.

Team Haq merupakan Juara MPL MY S10 yang dibarisi oleh Pabz (Coach), Lolla (EXP Laner), Panda (Gold Laner), Syamskyy (Roamer), Mann (Mid Laner), Minn (Roamer) dan Garyy ( Jungler). Manakala Todak pasukan yang menjadi Naib Juara di MPL MY S10 pula terdiri daripada Ajim( Coach), Rival (Jungler), 4Meyz (EXP Laner), Momo (Gold Laner), Yumskie ( Roamer ), Cikugais (All Roles), Dan Moon (Mid Laner).

Walaupun pasukan Orange Esports merupakan pemenang tempat ketiga di MPL MY S10, Kebolehan dan kawalan permainan mereka di Land Of Dawn juga luarbiasa. Adakah Orange Esports yang terdiri daripada Haru (Coach) , Stormie (Mid Laner ), Subway (Jungler ), Aim (Roamer), Valenz (Gold Laner) dan Neo (EXP Laner) akan membuktikan yang mereka juga boleh menjadi juara? Kita saksikan nanti!

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:
Artikel sebelumnya
Artikel seterusnya

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Seterusnya