MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

6 Pasukan Zon Tengah PMCT Layak ke PMNC

ai hyprgame
Kongsi
6 Pasukan Zon Tengah PMCT Layak ke PMNC

PUBG Mobile City Tournament bagi Zon Tengah telah pun berakhir, menerusi tournament tersebut 6 pasukan daripada Zon Tengah PMCT iaitu Guerra Kepaduan, Last Detonatorz,  Elra St3lla, Farang Elementus,  TJB Esport MY, dan Berubah Gaming telah melayakkan diri mereka mara ke PUBG Mobile National Championship PMNC 2022. 

No photo description available.
Kredit : PUBG Mobile Esports Malaysia

Kejohanan bagi kategori Skuad Zon Tengah itu telah pun berlangsung bermula 23 sehingga 24 Julai 2022 menyaksikan 16 pasukan berentap untuk merebut tempat di PMNC 2022 ini. 

Untuk pengetahuan acara ini telah diadakan di Paradigm Mall,  Petaling Jaya secara Offline pada hari Sabtu dan Ahad yang lepas. 

Kredit : PUBG Mobile Malaysia

Pasukan Guerra Kepaduan berjaya meraih WWCD pada hari pertama dan Double WWCD pada hari kedua PMCT Skuad Zon Tengah sekaligus menjadi pasukan Top yang akan mara ke PMNC pula. 

6 Pasukan Zon Tengah PMCT Layak ke PMNC
Kredit : PUBG Mobile Esports Malaysia

Kemudian diikuti oleh pasukan Farang Elementus yang awal hari pertama berada di ranking ke-9 kemudian laju melompat naik ke ranking 4 dengan Double WWCD pada hari kedua PMCT Skuad Zon Tengah ini.  

Pasukan TJB Esports juga tidak kurang hebatnya apabila mampu mengejar pasukan lain jauh daripada ranking ke-10 hari pertama PMCT Skuad Zon Tengah ke Ranking 5 berserta 1 WWCD di hari kedua perlawanan. 

Pasukan Berubah Gaming berada di posisi yang selamat apabila menjadi pasukan yang berada di ranking ke-6 sekaligus mengunci slot mereka untuk ke PMNC 2022. Untuk pengetahuan, pasukan Berubah Gaming mulanya gagah pada hari pertama PMCT Zon Tengah berlangsung, tetapi entah kenapa hilang momentum dan terus turun ke tangga 6. 

Walaupun tidak berjaya meraih sebarang WWCD, pasukan Last Detonatorz,  berjaya mengekalkan posisi mereka di Top 2 buat dua hari berturut-turut PMCT Zon Tengah. Manakala Elra St3lla daripada hari pertama PMCT Zon Tengah mengubah kedudukan Top 7 ke Top 3 dengan 1 WWCD pada penutup PMCT Zon Tengah ini. 

No photo description available.
Kredit : PUBG Mobile Esports Malaysia

Selain PMCT Skuad Zon Tengah, Ladies Battle PMCT yang sekaligus berlangsung juga menyaksikan pasukan AI Huntress konsisten sebagai Top 1 dengan 3 WWCD. 

Setelah PMCT Zon Tengah berakhir, PMCT akan berada di Paradigm JB pada hari Jumaat dan Sabtu ini bagi Kategori Zon Selatan pula. 

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *