MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

VN, ID, TH Top 3 Pemenang Pingat

ai hyprgame
Kongsi
VN, ID, TH Top 3 Pemenang Pingat

Semalam merupakan perlawanan akhir bagi kategori solo PUBG Mobile di Sukan Sea Hanoi Vietnam telah menyaksikan persembahan sengit antara semua pemain hebat dari seluruh Asia Tenggara. Akhirnya, Vietnam, Indonesia dan Thailand berjaya menjadi Top 3 Pemenang pingat bagi dibawa pulang ke negara masing-masing. Tahniah!

Kredit : Youtube PUBG Mobile Malaysia

Tahniah diucapkan kepada pemaian yang menjadi 3 teratas mengungguli acara PUBG Mobile kategori individu semalam. Pemain daripada Vietnam Phan Van Dong atau lebih dikenali sebagai ViCoi telah mendapat pingat Emas.

The suffocating journey brought Vietnam the PUBG Mobile gold medal - Newsnpr
Kredit : Newsnpr

Manakala tempat kedua pula disusuli oleh pemain daripada Indonesia Alan Raynold Kumaseh (Alan) yang berjaya memenangi pingat Perak.

Bring Home Silver, This Is Indonesia's Points Earnings At PUBG Mobile In  The Solo SEA Games
Kredit : Voi

Pemenang pingat Gangsa pula diraih oleh pemain daripada Thailand Purin Rongkhankaew atau lebih dikenali sebagai Stoned didalam PUBG Mobile.

Kredit : Liquipedia

Semestinya ini merupakan persaingan yang sangat sengit dengan aksi permainan yang mencemaskan apabila ketiga yang menjadi top ini juga bersaing dengan pemain negara seperti Jumper, Uhigh, Franky dan lain-lain.

Kredit : Youtube MR Files

Pemain Malaysia hampir saja memenangi pingat semalam, cuma mungkin tiada rezeki di kategori individue dan mereka kini ingin lebih fokus kepada kategori skuad berkumpulan pula. Tahniah Malaysia, kerana kalian semua telah melakukan yang terbaik cuma rezeki bukan milik Malaysia kali ini.

Kredit : Kredit : Youtube PUBG Mobile Malaysia

Nampak gayanya, setelah gagal memenangi apa-apa pingat di kategori individu ini, pasukan Malaysia seolah-olah tidak sabar lagi untuk menentang pasukan negara lain bagi memenangi satu pingat buat negara Malaysia.

Jangan lupa untuk menyaksikan PUBG Mobile kategori berkumpulan bermula hari ini, 18 Mei 2022!

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *