Semalam telah berlangsung acara Sukan Sea bagi esukan PUBG Mobile yang bermula dengan kategori Solo 16 Mei 2022. Hari ini pemain Malaysia Franky atau nama sebenarnya Amirul Hafiz telah berjaya lolos menjadi top 11 daripada 20 tangga teratas melangkaui pemain daripada negara lain. Malaysia Boleh!
Imbas kembali selepas 3 pusingan semalam, pemain Malaysia Franky berjaya untuk berada di dalam Overal Standing List di rank 16 yang cuma menempatkan 20 pemain terbaik bagi kategori solo PUBG Mobile.
Tetapi setelah bertungkus-lumus didalam pertandingan, Franky akhirnya berjaya untuk mengubah ranking nya ke tangga yang lebih baik pada PLCMT 11 serta 6 Elims.
Untuk pengetahuan, Top 4 yang diungguli pemain daripada negara lain juga tidak berjaya mendapatkan Win Win Chicken Dinner WWCD, manakala pasukan Vietnam telah pun mencatatkan jumlah singkiran Elims yang tertinggi setakat permainan yang berlangsung pada hari pertama 16 Mei 2022. Pemain Vietnam, Mitlaren telah mencatat jumlah singkiran sebanyak 10 Elims melepasi pemain-pemain hebat yang lain di acara Sukan Sea tersebut.
Kita masih mempunyai 5 pusingan terakhir untuk mengetahui siapa yang bakal meraih pingat pertama SUKAN SEA bagi acara PUBG MOBILE kali ini. Teruskan juga sokongan anda buat 6 pemain wakil Malaysia di Sukan Sea Hanoi bermula daripda 16 Mei hingga 22 Mei ini.
Setakat ini peluang untuk Malaysia meraih pingat di acara PUBG Mobile kali ini. Semoga ada sinar kejayaan menanti buat mereka dan Malaysia! Untuk update terkini peminat boleh menonton livestream atau mengikuti platform sosial media PUBG Mobile Malaysia di Facebook, Instagram dan lain-lain lagi.
Jangan lupa ikuti Hyprgame di Twitter, Facebook dan Instagram untuk berita menarik!