MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

RRQ Hoshi Ancaman Besar RSG PH MSC 2022

ai hyprgame
Kongsi
RRQ Hoshi Ancaman Besar RSG PH MSC 2022

Mobile Legends Southeast Asia Cup MSC 2022 yang akan berlangsung pada Jun ini dapat menyaksikan kebolehan pasukan terpilih dengan lebih baik lagi. Dalam pada itu, pemain Dylan Aaron Catipan atau lebih dikenali sebagai Light, 20, menerusi saluran Instagram Spin Esports menyatakan bahawa RRQ Hoshi akan menjadi ancaman terbesar kepada pasukannya RSG PH (Filipina).

RRQ Hoshi Akan Menjadi Lawan Paling Menyulitkan RSG PH Di MSC 2022
Kredit ; ligaolahraga.com

Walaupun mereka, RSG PH telah menjadi juara MPL PH musim ke-9, namun mereka tidak mahu merasa terlalu selesa dengan posisi tersebut kerana pasukan RRQ Hoshi bukanlah calang-calang pasukan yang mudah terkalahkan.

Kredit; Spin Esports

Kemampuan pemain RRQ Hoshi seperti Skylar dan Kolega yang baru saja menjadi juara MPL ID Musim Ke-9 tidak seharusnya dipandang remeh kerana setiap kali pasukan Filipina ini Scrim dengan mereka RRQ Hoshi pasti akan mengalami nilai mata yang sengit. Ditambah lagi dengan kebolehan mahupun strategi pertempuran mereka yang begitu berpotensi menang menjadi juara.

RRQ Hoshi Unveils MPL ID Season 9 Roster Featuring the Return of Lemon
Kredit ; AFK Gaming

Hal inilah yang telah membuatkan Indonesia menjadi salah satu negara yang digeruni oleh pasukan profesional daripada negara lain dalam arena Mobile Legends Bang Bang MLBB ini.

Kredit ;Youtube Team RRQ

Kehangatan MSC 2022 makin terasa apabila RSG PH sangat teruja untuk bertembung RRQ Hoshi untuk beradu siapakah yang hebat dalam pertempuran kali ini.

Buat kedua-dua pasukan Filipina dan Indonesia ini sememangnya mempunyai kelebihan dan keunikkannya yang tersendiri, misalnya RSG Filipina juga sudah mempunyai skills yang begitu kompetitif dan bersifat spektakuler.

Kredit ; Youtube MOBA Today

Semoga hal ini menjadi persaingan sihat buat arena kompetitif Mobile Legends Bang Bang. Selamat Maju Jaya !

Jangan lepaskan peluang anda untuk menyaksikan Kejohanan MSC 2022 yang dijangka akan berlangsung di Kuala Lumpur, Malaysia pada 11 Jun hingga 19 Jun ini. 

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Seterusnya