MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

SEA GAMES 31 JANGS Misi Merangkul Pingat Emas

ai hyprgame
Kongsi
SEA GAMES 31 JANGS Misi Merangkul Pingat Emas

Setelah berakhirnya Play-Ins SEA, kini peminat esukan tanah air mula memberikan tumpuan kepada persiapan skuad Malaysia ke acara Sukan SEA SEA Games ke-31 di Hanoi, Vietnam. PUBG Mobile pertama kali diberi mandat untuk menyertai acara ini dengan dua kategori iaitu kategori individu dan juga berkumpulan. JANGS akan berkolaborasi bersama UHIGHS menyertai GEEK FAM bagi  mengungguli pingat emas di temasya Sukan SEA kali ini.

Kredit : Youtube Jangs

Setelah sekian lama berada di luar negara dan bermain dengan pasukan luar negara, akhirnya JANGS pulang juga bagi membantu pasukan Malaysia yang telah menjadi wakil negara ini.

Siap Grak! Jangs Memastikan Enggak Bakal Sebagai Pelatih Indonesia Di Sea  Games 2022! Kenapa?
Kredit : Siapgrak.com

Kepulangan ini semestinya dinantikan oleh semua peminat esukan PUBG Mobile Malaysia terutamanya, kerana skuad Malaysia begitu memerlukan JANGS demi acara besar ini. Sokongan ini akan diring dengan latihan serta strategi yang tepat dalam menhadapi permainan nanti.

May be an image of 1 person and text
Kredit : PUBG Mobile Malaysia

Untuk pengetahuan, JANGS telah meraih pelbagai pencapaian sepanjang berada di arean PUBG Mobile ini antaranya ialah menjadi rank #2 PMPL ID S3, rank #1 UWS 2021, PMWL 2021 : EAST dengan rank #5, PMPL ID S4 di rank #3 serta mendapat rank ke #2 pada PMPL SEA S4.

Kredit : Youtube Streamer Up

Ternyata pengundurannya daripada pasukan BTR RA selepas PMPL ID Spring baru-baru ini bukanlah menjadi satu pengakhiran buatnya dalam kerjaya di esukan kerana semua orang tahu kelebihan dan skills yang dimiliki JANGS adalah sesuatu yang membanggakan semua peminat.

This image has an empty alt attribute; its file name is 279607287_10159770087088903_6106470283249330991_n-1024x576.jpg
Kredit : Arked Liputan Esukan

Untuk pengetahuan, selain JANGS, UHIGH juga akan berangkat bersama-sama bertemu skuad Malaysia ini bagi sama-sama mempersiapkan diri, strategi dan mental pemain semasa pertempuran nanti. Kini mereka hanya fokus kepada latihan (scrim harian) yang ditetapkan KBS Malaysia dan juga pihak pengurusan pasukan masing.

Nantikan aksi GEEK FAM, dan TABAH NSEA bertempur di SEA Games Hanoi nanti, Kategori Solo PUBG Mobile pula akan bermula pada 16 Mei ini. Ayuh beri sokongan pada skuad Malaysia.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *