MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

BTS Pembikinan Video Muzik 515-M World

ai hyprgame
Kongsi
BTS Pembikinan Video Muzik 515-M World

Masih ingatkah kita lagi tentang slogan We Better Than Me yang dipersembahkan khas daripada Moonton buat peminat Mobile Legends Bang Bang bagi acara 515 – M World kali ini ? Video Muzik yang bertajuk “With You Now” telah pun dilancarkan pada 5 Mei 2022 lalu menerusi Youtube Mobile Legends Bang Bang Official telah mendapat 2,211,359 tontonan daripada peminat. Tahukah anda tentang proses di sebalik layar behind the scene (bts) pembikinan muzik video ini?

Kredit : Mobile Legends: Bang Bang Indonesia

Dengan berlatarbelakangkan konsep pertarungan Mobile Legends Bang Bang yang sesungguhnya, 3 pelakon Indonesia iaitu Adipati Dolken (Yin), Fanny Chintya (Wanwan), dan Devano Danendra (Ling) menyatukan kekuatan untuk menyelamatkan M-World. Tiga hero ini akan beraksi mengalahkan monster jahat dan meraih kemenangan menyelamatkan M-World.

This image has an empty alt attribute; its file name is 730x480-img-91226-gpx-funi-cosplay-jadi-wanwan-youtubemobile-legends-indonesia-1024x213.jpg

Menariknya, lagu With You Now ini juga dinyanyikan oleh hero-hero ini yang telah berperanan memainkan watak hero mobile legends terunggul. Susunan muzik dan storyline juga terlihat bagus dengan aksi skin S.T.U.N, malahan teknik editing animasi 3D juga nampak lebih hidup. Komposisi penggunaan color grading juga seimbang dan sempurna seolah-olah tidak memakai green screen. Keseluruhannya ternampak seperti realiti berada di dimensi dunia yang berbeza.

Kredit : Mobile Legends: Bang Bang Indonesia

Klip Video pendek ini mengambil masa pengambaran selama 2 hari ini ternampak menyeronokkan buat 3 aktor ini kerana mereka mendapat pengalaman baru yang membolehkan mereka mencuba sesuatu yang baru selain berlakon dalam drama atau filem bukan animasi real life.

Kredit : Instagram Mobile Legends Bang Bang Indonesia

Ternyata produksi Indonesia begitu kreatif dan berkualiti dalam menghasilkan video klip ini. Bermula dari kostum cosplay hero Mobile Legends Bang Bang juga walaupun terlihat lucu tetapi tetap nampak cool apabila melihat hasilnya.

Jangan lupa temujanji anda untuk menyaksikan perlawanan 515 All-Star yang dijangka pada 11-12 Mei 2022 ini. Ikuti berita terkini mengenai acara 515 ini menerusi semua platform media sosial Mobile Legends Bang Bang MY/ID.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *