MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

MSC 2022 Orange Esports Dan TODAK mewakili Malaysia

ai hyprgame
Kongsi
MSC 2022 Orange Esports Dan TODAK mewakili Malaysia

Setelah tamatnya pusingan akhir di hari ketiga peringkat playoffs yang lalu telah menyaksikan Orange Esports menang mengalahkan Si Paus ganas Suhaz Esports.

Orange Esports mempunyai persembahan yang baik kerana dapat mengekalkan momentun setelah bertempur dengan Team Caracal. 

Kredit : Youtube Lawiner

Ini bermaksud, dengan dua permainan ini telah membuktikan yang Orange Esports layak untuk mewakili Malaysia ke MSC 2022 nanti. Hal ini kerana mereka menunjukkan kualiti yang terbaik terutama setelah menewaskan Suhaz Esports dengan mata 3-0.

May be an image of 5 people and text
Kredit : Facebook MPL Malaysia

Walaupun Orange Esports tewas ketika di peringkat final MPL MY S9 bertemu dengan TODAK, ini tidak akan mematahkan semangat mereka untuk mencipta lagi satu sejarah buat MSC 2022 pula. Mahu atau tidak perjalanan harus diteruskan, manalah tahu kali ini dengan pengalaman lalu mampu beri tuah kepada Orange Esports. 

May be an image of 4 people and text
Kredit : Facebook MPL Malaysia

Manakala tahniah untuk pasukan TODAK kerana telah menjadi juara MPL MY 2022 bertembung dengan Orange Esports pada finale dengan mata 4-1. Secara automatiknya dengan nilai mata ini TODAK telah pun menjadi juara MPL MY S9 kali ini. 

Melalui MPL MY S9 kali ini kita dapat melihat skills atau peranan ahli pasukan seperti Todak, Cikugais/Ajiqtusok sebagai jungler, Moon sebagai midlaner, 4Meyz sebagai offlaner, Momo sebagai sidelaner dan Moyy/YumS sebagai roamer. Keadaan inilah yang membolehkan pasukan TODAK untuk lebih fokus terhadap permainan. 

Kredit : My Game On

Tambahan lagi, variasi gaya dalam permainan yang dipersembahkan oleh Moon dan Cikugais dalam menggunakan hero untuk fight juga tidak kurang hebatnya. 

Kredit : My Game On

Untuk MSC 2022 ini pula, sudah tentu TODAK telah merancang strategi permainan yang menarik kerana mereka sudah 2 tahun menanti untuk menjadi juara MSC pada kali ini. Sudah setiap tahun TODAK menyertai MSC, cuma rezeki saja belum memihak pada mereka. 

Kredit : Drama Streamer Malaya

GG kepada Orange Esports! tidak berjaya meraih gelaran juara MPL MY S9 bukanlah pengakhiran kerana pencapaian sehingga ke peringkat playoffs juga sudah cukup membanggakan buat semua peminat.

Tahniah! Kedua-dua TODAK dan Orange Esports akan mewakili Malaysia di MSC 2022 yang akan diadakan di Kuala Lumpur dari 11 ke 19 Jun!

Dapatkan dua “home team” ini bersaing untuk merebut gelaran Raja Asia di MSC nanti? Apa yang pasti mestilah sokongan fans MLBB Malaysia adalah 100% di belakang mereka!

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:
Artikel sebelumnya

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Seterusnya