MEMUAT

Taip untuk mencari

515 Carnival Party Event 2022

ai hyprgame
Kongsi
515 Carnival Party Event 2022

Buat para pemain MLBB, acara 515 Carnival Party di MLBB telah bermula sejak 12 April 2022 hingga 13 Mei 2022 akan menyajikan pelbagai isi kandungan yang menarik dan sempurna. Anda juga boleh mendapatkan promo Diamonds di shop MLBB pada rate harga yang berpatutan. Jadi sebelum karnival ini tamat, anda di galakkan untuk mengambil peluang ini bagi mendapat Diamonds dan Skin menarik ini nanti. 

515 Carnival Party Event 2022
Kredit : Twitter

Sepanjang karnival berlangsung, komuniti MLLB digalakkan untuk memberi sokongan kepada Hero kegemaran sebagai suntikan semangat mereka. Pastinya acara ini akan dipenuhi dengan banyak komen bagi memeriahkan suasana di MLBB. 

515 Carnival Party ini telah mendapat sambutan yang memberansangkan daripada peminat-peminat MLBB. Terdapat pelbagai pertandingan dan aktiviti menarik seperti Popularity Contest yang membolehkan kita untuk memilih Avatar pilihan masing-masing. Lebih menarik lagi, Shout Your Cheerleading Slogan juga membolehkan anda memenangi 515 Hero di MLBB. 

Kredit Twitter

Untuk 515 Carnival Party ini, pemain dikehendaki menyelesaikan misi (task) dengan sempurna bagi mendapatkan Diamond pada harga promosi. Kelebihan Diamond ini juga akan membolehkan pemain untuk digunakan dalam pertukaran bagi mendapatkan Starlight Trial Card Ticket dan banyak lagi ganjaran lain.

Kredit : Youtube iCowCow

Tidak di lupakan juga kepada pengumpul (collector) skin MLBB yang tegar untuk merebut peluang keemasan ini kerana di 515 Carnival Party akan ada 515 M-World Series Skin terbaru. Lebih menarik lagi anda akan berpeluang untuk mendapatkan skin ini pada harga berpatutan jika menyertai Ultimate 515 Money Saving MLBB ini. 

Image
Kredit: Twitter

Untuk mendapatkan lebih banyak lagi info atau guide yang terperinci, and boleh ke laman sosial Mobile Legends Bang Bang seperti di Facebook, Twitter, Instagram, Youtube dan lain-lain. Ayuh sertai sekarang!

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *