MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

Kolaborasi antara Moonton dan JOOX

ai hyprgame
Kongsi

KOLABORASI ANTARA MOONTON DAN JOOX

Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) game MOBA popular dari Moonton ini sekali lagi membuat kolaborasi dengan Joox untuk lagu tema MLBB. 

JOOX yang merupakan platform streaming hiburan dan muzik yang terkenal di Asia akan mengeluarkan lagu “We Better Than Me.” sebagai lagu tema utama MLBB kali ini. Lagu tema tersebut juga akan digunakan untuk acara terbesar buat MLBB.

Bertepatan di bulan Ramadan ini, tema dan hashtag #WeBetterThanMe juga setara dengan suasana dan amalan bulan Ramadan iaitu saling bersatu dalam melakukan pelbagai aktiviti termasuklah permainan game seperti (MABAR) MLBB.

Lagu “We Better Than Me.” itu juga akan dipersembahkan oleh 515 M-World Squad Hero, iaitu kumpulan dari  Lawn Of Dawn yang terdiri darIpada 3 orang pemain ikonik seperti Wanwan, Lin dan Yin. Lagu itu boleh didengar di JOOX mulai 9 April 2022 supaya dapat memberikan keterujaan dan semangat kepada semua yang menyertai MLBB nanti. 

Kredit : JOOX

Komuniti MLBB juga menjemput sesiapa saja untuk menyertai Podcast Live MLBB pada waktu petang selepas waktu Asar ataupun selepas solat Terawih untuk berkongsi informasi yang berkaitan dengan game dan pelbagai hadiah menarik sepanjang di MLBB nanti. 

Tambahan lagi JOOX juga menyediakan segala fasiliti buat MLBB komuniti untuk memudahkan aktiviti dijalankan seperti bilik khas (Room Features) untuk MLBB komuniti berkumpul membincangkan pelbagai topik seperti pertandingan, tips dan idea berkenaan permainan. 

Kredit: Youtube Mobile Legends Bang Bang Official

Misi sebenar kolaborasi ini adalah untuk mengetengahkan MLBB dengan skop yang lebih besar lagi supaya dapat memberitahu orang ramai yang MLBB ini bukanlah sekadar permainan semata-mata. Malah MLBB ini dapat memupuk semangat berpasukan dan menganalis situasi dalam MLBB. Podcast tersebut juga akan berkongsi tutorial tentang bagaimana cara untuk mengawal keadaan ketika MLBB. 

Kredit: Youtube Mobile Legends Bang Bang Official

Maka bermainlah dengan baik, sentiasa berlatih, rancang strategi bijak dan hindari menjadi pemain toksik!

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Seterusnya