MEMUAT

Taip untuk mencari

Pre PMPL S5: MAB Esports sertai PMPL? Ambil alih roster VXM?

atq_hyprgame
Kongsi

Organisasi e-sukan, MAB Esports dikatakan bakal mengambil alih roster VXM yang berjaya membuat debut pertama mereka di PMPL MYSG S4 menerusi PMNC 2021. VXM juga dilihatkan ada menyertai Fiesta Esport Hari Wilayah 2022 bagi kategori PUBG Mobile bersama dengan MAB Esports. 

Untuk pengetahuan semua, sebelum ini, VXM pernah ditaja oleh FANX ketika mereka debut di PMPL MYSG S4. Pasukan itu berjaya tamatkan kedudukan keseluruhan di tempat ke-8. Sebagai pendatang baru dalam PMPL, VXM memang tunjukkan prestasi terbaik mereka sepanjang Musim 4 berlangsung.

Selepas tamat PMPL MYSG S4, kedua-dua pihak bersetuju untuk menamatkan kolaborasi pada Oktober yang lalu. VXM Esports juga ada menyatakan bahawa mereka terbuka untuk menerima mana-mana penaja untuk bersama dengan mereka di PMPL MYSGPH S5 pada awal Januari 2022 yang lalu.

Sumber: VXM Esports
Sumber: Axis Esports

Terbaru, untuk komuniti PUBG Mobile Malaysia yang terlepas dalam mengikuti perkembangan VXM Esports, mereka baru sahaja melepaskan barisan pemain PUBG Mobile mereka yang dikenali sebagai VXM Slumber pada 25 Februari 2022 — VXM melepaskan Slumber dari organisasi e-sukan mereka.

Dengan pelepasan pasukan ini, boleh dijangka bahawa mereka sudah pun mendapatkan penaja baru yang akan menjadi penaja mereka di PMPL MYSGPH S5. Memang khabar angin menyatakan bahawa MAB Esports akan mengambil alih barisan pemain VXM.

Sumber: VXM Esports
Sumbe: VXM Esports

Dan, khabar angin ini juga hampir tepat apabila MAB Esports dilihatkan berada dalam senarai 16 pasukan yang mengikuti MES 2022 untuk ke 31st SEA Games. MAB Esports sudah pun memasuki kompetitif Mobile Legends: Bang Bang. Kini, mereka dilihatkan akan melebarkan lagi sayap ke dalam scene kompetitif PUBG Mobile Malaysia.

Ini bukanlah sebahagian daripada khabar angin sahaja. Ianya sudah hampir pasti. Namun, organisasi e-sukan, MAB Esports masih lagi belum membuat kenyataan rasmi tentang pengambil alihan terhadap bekas pasukan VXM ini. Jadi, untuk menghormati MAB Esports, kami di Hyprgame hanya memberi beberapa informasi yang didapati.

Apa-apa pun, kita akan menantikan pengumuman rasmi dari MAB Esports sendiri. Transfer window telah pun ditutup. Tetapi semua pasukan masih lagi boleh mengumumkan roster mereka sebelum bermulanya PMPL MYSGPH S5.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *