MEMUAT

Taip untuk mencari

RRQ Akira! Ambil alih roster Keyd, RRQ lebarkan divisi MLBB di Brazil

atq_hyprgame
Kongsi

Sebelum ini, ada khabar angin yang mengatakan bahawa RRQ akan melebarkan sayap mereka ke Brazil dengan mengambil alih bekas pasukan MLBB di M3 iaitu Vivo Keyd. Kini, organisasi e-sukan itu rasmi akan ke Brazil & mengambil alih roster Vivo Keyd. 

Seperti yang kita tahu, ini bukan kali pertama RRQ memiliki divisi luar dari Indonesia. Organisasi e-sukan ini mempunyai divisi PUBG Mobile yang terbentuk di bawah nama RRQ Athena di Thailand. Cuma bagi divisi MLBB, ini adalah pasukan antarabangsa yang pertama dimiliki oleh RRQ. 

Sumber: Team RRQ
Sumber: Team RRQ

RRQ Akira! Organisasi e-sukan itu telah menamakan divisi MLBB Brazil mereka sebagai RRQ Akira. Barisan pemain mereka terdiri daripada bekas roster Vivo Keyd iaitu Luizz, Tekashi, Blink, Kiing, Gustalagusta, Seigen & Cabral (jurulatih). 2 pemain yang melengkapkan roster RRQ Akira adalah pemain baru; Gustalagusta & Seigen

Manakala 4 pemain lagi; Luizz, Tekashi, Blink, Kiing & Cabral (jurulatih) adalah pemain yang pernah sertai Kejohanan Dunia M3 bersama dengan Vivo Keyd. Pertama kali sertai M3, performa Vivo Keyd boleh diberi pujian. 

Sumber: MPL Brazil
Sumber: Team RRQ

RRQ tidak menyatakan mengapa roster ini menjadi pilihan mereka & mengapa mereka mahu meluaskan divisi MLBB di Brazil. Tetapi melihat dari performa Vivo Keyd di M3 yang berpotensi besar, mungkin itu menjadi salah satu sebab RRQ berminat untuk mengambil alih roster ini di bawah divisi MLBB mereka.

Dengan pengambilalihan ini, RRQ Akira akan memulakan perjalanan baru mereka bersama dengan RRQ di MPL BR S2 yang akan bermula pada 10 Mac ini. Sudah tentu pengambilalihan ini akan menaikkan lagi nama RRQ di peringkat antarabangsa. Nama divisi MLBB Indonesia RRQ iaitu RRQ Hoshi sudah tersedia kuat di MPL Indonesia.

Adakah RRQ Akira juga akan menjadi roster yang berpotensi untuk menyerlah di MPL BR S2?

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *