MEMUAT

Taip untuk mencari

S3-S4 Mega Transfer PUBG Mobile Indonesia

Kongsi
S3-S4 Mega Transfer PUBG Mobile Indonesia

Transfer window PUBG Mobile Indonesia yang telah dibuat pada musim lalu (2021), telah memberikan sedikit sebanyak peningkatan terhadap pasukan-pasukan yang bertanding pada musim lepas. Apatah lagi, terdapat berita yang mengejutkan ketika salah seorang pemain pasukan ternama di Indonesia beralih pasukan secara mengejut.

Mari kita lihat pemain yang telah ditukarkan ke pasukan baharu pada tahun 2021

Credit : PUBG MOBILE ESPORTS.ID

Menurut admin, berita yang paling mengejutkan adalah pemain pasukan Bigetron Red Aliens iaitu MicroBoy secara tetiba berpindah ke pasukan EVOS ID secara mengejut. Berikutan dengan bualan hangat berkenaan MicroBoy semasa di BTR RA yang kurang menyerlah telah membuatkan ia mengambil keputusan untuk memimpin pasukan EVOS ID sebagai ketua pasukan yang baharu.

Credit : PUBG MOBILE ESPORTS.ID

Pemain yang berasal daripada Malaysia pula, UhighBoy semestinya membuatkan peminat-peminatnya di tanah air terkedu selepas bocah ajaib ini dipindahkan ke pasukan BTR RA selepas uHighBoy telah bersama pasukan Secret MY untuk sekian lamanya. Meskipun pada awalnya, uHigh kurang menyerlah pada awalnya, dan kini beliau telah sebati dengan corak permainan yang dibawa oleh pasukan gergasi Indonesia itu.

Credit : PUBG MOBILE ESPORTS.ID

RedFace atau nama sebenarnya Eksa Rachman Jayanto, merupakan ahli pasukan Bigetron ION dan merupakan juara PMNC Indonesia 2020 bersama ahli pasukannya. Tidak lama kemudian, beliau bersama rakan sepasukannya tidak lagi bernaung di bawah Bigetron dan telah membuat haluannya sendiri di ION Esport sebelum berpindah ke pasukan EVOS yang diketuai oleh MicroBoy.

Credit : PUBG MOBILE ESPORTS.ID

Albar Fahreza (Hijrah) merupakan In Game Leader (IGL) buat pasukan Bigetron ION dan juga ION Esport. Beliau telah memimpin pasukan itu sebaik mungkin sebelum berhijrah ke pasukan BOOM Esports bagi mendapatkan pengalaman baharu serta momentum yang lebih baik.

Credit : PUBG MOBILE ESPORTS.ID

Herli Juliansah atau lebih dikenali sebagai “Jeixy” yang kini merupakan salah satu anggota buat pasukan Aura Esports. Beliau sebelum ini dikenali sebagai Morph Jeixy dan juga merupakan bekas ahli anggota pasukan EVOS ID yang ketika itu berjaya menjadi juara di PMNC Indonesia 2019. Walau bagaimanapun, Jeixy telah bertukar pasukan setiap tahun dan tidak pasti sama ada tahun ini beliau akan berpindah ke pasukan yang lain atau tidak.

Credit : PUBG MOBILE ESPORTS.ID

NoMercyy, Fiqri Syachputra juga merupakan bekas pemain pasukan Morph Esports. Mengikuti rakannya Jeixy untuk berjuang bersama di pasukan Aura Esports pada musim lepas. Meskipun, beliau tidak mempunyai pengalaman lebih daripada rakannya, namun NoMercyy telah menunjukkan usahanya sepanjang berkompetitif di dalam dua pasukan yang berlainan.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *