MEMUAT

Taip untuk mencari

Pre PMPL S5: Jumper rasmi tak sambung kontrak dengan Team Secret

atq_hyprgame
Kongsi

Selepas dua musim bersama, Jumper rasmi tidak melanjutkan kontrak beliau bersama dengan Team Secret. Walaupun hanya bersama untuk dua musim (PMPL MYSG S3 & PMPL MYSG S4), banyak pencapaian yang Jumper dapatkan selama berada di bawah organisasi e-sukan, Team Secret. 

Jumper kini akan memegang status sebagai free agent & bersedia untuk sertai mana-mana pasukan. Ke mana hala tuju Jumper selepas ini? Adakah beliau akan berehat dari kompetitif? Atau sertai pasukan baru di PMPL MYSGPH S5?

Sumber: Team Secret

Jumper rekod pencapaian terbaik; 2 kali juara SEA dengan 2 pasukan berbeza

Sebelum sertai Team Secret, Muhammad “Jumper” Izzrudin pernah bermain dengan Victorious In Play (ViP) ketika di PUBG Mobile Malaysia National Championship 2019 bersama dengan Yakuza, BenV & Hyqul. Itu merupakan titik permulaan nama Jumper terlakar dalam scene kompetitif PUBG Mobile. 

Dengan kejuaraan yang beliau perolehi di PUBG Mobile Malaysia National Championship 2019, Jumper kemudian dilamar untuk sertai pasukan Yoodo GANK (SEM9.GANK) & bermain di dalam pasukan itu bermula dari PMPL MYSG S1. 

Sumber: PUBG Mobile Esports Malaysia
Sumber: PUBG Mobile Esports Malaysia

Itu juga merupakan salah satu sejarah yang besar diukir oleh Jumper bersama dengan barisan pemain Yoodo GANK (SEM9.GANK) yang lain; ManParang, Draxx & Fredo apabila mereka berjaya membawa nama Malaysia menjuarai PUBG Mobile Pro League Southeast Asia S1. 

Keberadaan beliau di dalam pasukan SEM9.GANK tidak begitu lama. Selepas 2 musim bersama, Jumper & duo terbaik beliau, Fredo sertai Team Secret di PMPL MYSG S3. Dari situ juga, Jumper banyak mendapatkan pencapaian terbaik sepanjang karier beliau di dalam kompetitif PUBG Mobile.

Menjuarai PUBG Mobile Pro League Southeast Asia sebanyak 2 kali di dalam pasukan yang berbeza (SEM9.GANK & Team Secret) adalah antara pencapaian terbesar Jumper. Menjadi perwakilan di PMGC juga bukanlah satu perkara yang mudah tetapi Jumper mampu membawa nama beliau sehingga ke tahap itu. 

TahunKedudukan PencapaianPasukan
202212PMGC 2021: Grand FinalsTeam Secret
20218PMGC 2021: East LeagueTeam Secret
2021JuaraPMPL Southeast Asia S4: FinalsTeam Secret
20212PMPL MYSG S4: FinalsTeam Secret
20212PMPL MYSG S4: LeagueTeam Secret
20212PMPL MYSG S3: LeagueTeam Secret
20202PMPL MYSG S2: FinalsSEM9.GANK
2020JuaraPMPL Southeast Asia S1: FinalsSEM9.GANK
20202PMPL MYSG S1: FinalsSEM9.GANK
20202PMPL MYSG S1: LeagueSEM9.GANK
2019JuaraPUBG Mobile Malaysia National Championship 2019Victorious In Play (ViP) 
Sumber: Liquipedia

Jumper tidak lagi bermain untuk Team Secret 

Mungkin ini satu pelepasan yang sukar untuk organisasi e-sukan, Team Secret kerana Jumper adalah seorang yang tetap dengan pendirian & berkebolehan menjadi IGL yang sangat baik. Keberadaan beliau dalam Team Secret berjaya membantu pasukan itu mendapatkan kejuaraan di PMPL Southeast Asia S4 — menjadi pasukan PUBG Mobile terbaik di Asia Tenggara.

Namun, perjalanan Jumper di Team Secret terhenti apabila beliau memutuskan untuk tidak melanjutkan kontrak bersama dengan organisasi e-sukan tersebut. Kini, tiada lagi duo terbaik PUBG Mobile; Fredo & Jumper. Fredo hampir pasti akan kekal bersama dengan Team Secret. Hanya Jumper sahaja yang dikhabarkan tidak akan memperbaharui kontrak beliau. 

Transfer window untuk PMPL MYSGPH S5 sudah pun dibuka bermula dari 24 Januari sehingga 20 Februari. Sepanjang tempoh masa tersebut, organisasi e-sukan perlu mempersiapkan roster/barisan pemain mereka menjelang PMPL MYSGPH S5. 

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *