MEMUAT

Taip untuk mencari

MPL ID S9: Wannn, LJ turun ke MDL bersama roster EVOS Icon

atq_hyprgame
Kongsi

Untuk musim ini, banyak pemain MPL Indonesia yang turun ke MDL Indonesia. Selepas Leomurphy & Ahmad, pemain paling lama dalam roster Alter Ego sertai roster Alter Ego X di MDL, kini, Wannn & LJ yang bermain untuk EVOS Legends akan diturunkan ke MDL bersama roster EVOS Icon. 

Organisasi e-sukan, EVOS Esports telah pun membuat pengumuman tersebut semalam. Khabar angin tentang penurunan Wannn & LJ ke MDL agak lama diperkatakan. Dan, akhirnya, EVOS Esports telah mengungkapkan tanda tanya dalam komuniti MLBB Indonesia. 

Sumber: EVOS Esports

Ini juga berita yang mengejutkan untuk peminat EVOS Legends. Untuk Wannn sendiri, beliau bukan lagi nama yang asing dalam pasukan itu. Beliau merupakan tunggak utama EVOS Legends yang berjaya membawa pasukan itu menjuarai MPL Indonesia S4 & M1 Championship

Bagi LJ, pemain Tank EVOS Legends ini debut bersama pasukan itu ketika di MPL Indonesia S7. Kemasukan beliau berjaya membawa kejuaraan buat EVOS Legends. Ini bukanlah kali pertama LJ menjadi sebahagian daripada pemain penting dalam sesebuah pasukan. Beliau telah mendapatkan juara MPL sebanyak 4 kali di dalam pasukan yang berbeza. 

Tetapi ketika bersama dengan EVOS Legends, LJ tidak banyak dinaikkan sebagai pemain utama pasukan itu. Beliau sentiasa ada dalam senarai pemain sampingan. Hal itu juga berlaku ketika di MPL Indonesia S8. 

Sumber: EVOS TV

Wannn & LJ rasmi akan bermain untuk EVOS Icon di MDL ID S5

Setelah pengumuman rasmi dibuat oleh EVOS Esports, Wannn & LJ kini akan bermain di MDL Indonesia S5 bagi melengkapkan roster EVOS Icon. Dan tujuan kedua-dua pemain itu adalah untuk mendapatkan kejuaraan di MDL Indonesia S5. Barisan pemain EVOS Icon terdiri daripada Bajan, Ravicy, Panser, Ckim, Tazz DD, Pendragon, Claw Kun & 2 pemain EVOS Legends; Wannn & LJ.

Dalam video yang dimuat naik oleh EVOS Esports, Wannn & LJ akur dengan penurunan mereka di MDL bersama EVOS Icon. Ini bukan pilihan yang mudah untuk kedua-dua pemain tetapi itulah masa untuk membuktikan performa mereka di MDL nanti. 

“Perpisahan ini bukan berarti bendera putih, tetapi sebaliknya. Demi mencari pengalaman untuk membawa permainan saya ke level selanjutnya, juga membuka lembaran baru bersama keluarga baru.” — Wannn 

“Ini bukan pilihan yang mudah, tapi jalan yang harus diambil. Saya sedar tiada jalan pintas yang terbaik. Dan ini cara saya menantang diri sendiri dan menunjukkan diri sanggup menjawab ekspektasi dari EVOS Fams. Banyak harapan yang ingin saya raih. Fokus, ini waktunya pembuktian,” — LJ 

Sumber: EVOS TV

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *