MEMUAT

Taip untuk mencari

MPL ID S9: Leomurphy, Ahmad rasmi di MDL bersama Alter Ego X

atq_hyprgame
Kongsi

Alter Ego telah membuat rombakan roster yang agak besar dengan menurunkan Leomurphy & Ahmad di MDL. Kalau nak diikutkan, sebelum ini, Alter Ego adalah pasukan yang tidak banyak membuat perubahan roster. Tapi untuk kali ini, penurunan Leomurphy & Ahmad agak mengejutkan. 

Seperti yang kita tahu, Alter Ego memiliki pemain yang sangat berbakat antaranya adalah Pai, Leomurphy, Ahmad, Udil & Celiboy. Namun, rezeki mereka untuk menjuarai MPL Indonesia belum lagi ada disebabkan persaingan yang terlalu sengit dalam MPL itu sendiri. 

Sumber: Alter Ego Esports

Pemain dari MDL boleh dipromosi naik ke MPL dan sebaliknya

Di Indonesia terdapat 2 kejohanan iaitu MLBB Development League (MDL) & MLBB Professional League (MPL). Rata-rata organisasi e-sukan seperti RRQ Hoshi, EVOS Legends, Alter Ego dan sebagainya akan menaikkan pemain dari MDL untuk tujuan promosi. 

Kalau ada pemain MDL yang dilihatkan dalam performa yang baik, pemain itu akan dipromosikan ke MPL seperti Alberttt & Skylarrr. Dan, tidak mustahil juga pemain MPL boleh dibawa turun ke MDL atas tujuan tertentu. 

Sumber: MDL
Sumber: MPL Indonesia

Ahmad, Leomurphy rasmi turun ke MDL, sertai roster Alter Ego X

Berita ini agak mengejutkan untuk komuniti MLBB Indonesia & peminat Alter Ego. Kedua-dua pemain ini sudah lama bersama dengan roster Alter Ego di MPL, sejak MPL Indonesia S3. Walaupun mereka belum lagi sempat bergelar juara MPL Indonesia, tetapi chemistry yang ada pada pemain Alter Ego ini membuatkan mereka menjadi salah satu pasukan kegemaran. 

Sumber: Alter Ego Esports
Sumber: Alter Ego Esports

Kini, Leomurphy & Ahmad akan melengkapkan roster Alter Ego X di MDL Indonesia S5. Hal ini mungkin kerana performa mereka yang tidak begitu baik di MPL Indonesia S8. Pasukan itu juga hanya berjaya menamatkan kedudukan keseluruhan di tempat ke-4. 

Leomurphy & Ahmad akan bersama-sama dengan 6 lagi pemain Alter Ego X di MDL Indonesia S5 iaitu Raizel, Isaac, Munsters, Kobod, Jhehehe & Marz. Dengan penurunan ini, mungkin kedua-dua pemain Alter Ego ini boleh mencari semula kekuatan mereka di roster Alter Ego X untuk kembali semula di MPL. 

3 pemain MDL akan dipromosi ke roster Alter Ego di MPL  

Menurut ONE Esports, akan ada 3 pemain MDL Alter Ego X yang sudah hampir pasti akan dipromosi masuk ke dalam roster Alter Ego di MPL Indonesia S9. Untuk Pai, Celiboy, Nino & Rasy, mereka juga hampir pasti akan kekal berada dalam roster Alter Ego. 

3 pemain yang dikatakan bakal dipromosi masuk ke dalam roster Alter Ego di MPL adalah trio yang pernah membawa Alter Ego X menjuarai MPL Indonesia S4 iaitu Amyy, Rexlona & Devkoch. Ketiga-tiga pemain ini juga dilihatkan ada bermain scrim bersama dengan Alter Ego. 

Sumber: Alter Ego Esports

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *