MEMUAT

Taip untuk mencari

Polis Pakistan mendesak larangan terhadap PUBGM di negara itu

Kongsi
Polis Pakistan mendesak larangan terhadap PUBGM di negara itu

LAHORE: Polis Pakistan menuntut permainan PlayerUnknown’s Battlegrounds (PUBG) yang sangat popular pada zaman sekarang untuk diharamkan selepas seorang budak lelaki mengaku membunuh empat ahli keluarganya dalam keadaan berang selepas ditegur kerana bermain permainan itu selama beberapa hari.

Pelaku Ali Zain dituduh membunuh ibunya, dua adik perempuannya dan seorang abang lelakinya pada 18 Januari 2022 dan mendakwa permainan itu [PUBG] mendorongnya untuk melakukan keganasan semasa disoal siasat pada hujung minggu lalu.

Zain Ali, 14, from Lahore, Pakistan
Credit : Mirror.co.uk

“Ini bukan kejadian pertama seperti ini,” kata Imran Kishwar, seorang penyiasat polis di Lahore, sambil menambah, “oleh itu kami telah memutuskan untuk mencadangkan larangan bermain permainan PUBG Mobile pada kerajaan.”

PUBG Mobile merupakan permainan “battle royale” secara dalam talian yang mempunyai berbilang pemain bermain untuk menjadi orang terakhir atau skuad bagi memenangi match tersebut.

Menurut Imran Kishwar pelaku Ali Zain yang berumur 18tahun duduk berseorangan di dalam biliknya dan mula ketagih dengan permainan itu tanpa pemantauan ahli keluarganya.

Ali Zain “menembak keluarganya menyangka mereka juga akan hidup semula, seperti yang berlaku dalam permainan”.

PUBG Mobile telah menjadi salah satu permainan telefon pintar paling popular di dunia, dan permainan itu juga telah membawa padah bagi sesetengah individu yang ketagih dengan permainan tersebut.

Police official SSP investigations Imran Kishwar
Credit : Mirror.co.uk

Berikutan kebimbangan mengenai keganasan dalam permainan itu sehingga dibawa ke dunia realiti, pengawal selia telekomunikasi Pakistan menghalang pemain daripada pakistan untuk mengakses permainan itu.

Walau bagaimanapun, pengharaman permainan PUBG Mobile ini telah dilakukan oleh India dan China, sebelum ini. Meskipun pengharaman itu dibuat dalam jangka masa yang pendek ataupun panjang, tetap memberi pengaruh kuat terhadap pemain.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Seterusnya