MEMUAT

Taip untuk mencari

MLBB: Skin Eksklusif Kejohanan Dunia MLBB ditentukan melalui undian

atq_hyprgame
Kongsi

Disebabkan scene kompetitif Mobile Legends: Bang Bang akan bermula tidak lama sahaja lagi, Moonton telah mengumumkan beberapa perubahan besar untuk pemilihan skin eksklusif bagi Kejohanan Dunia MLBB yang akan datang. Kini, juara Kejohanan Dunia MLBB tidak lagi memiliki kelebihan untuk memilih skin eksklusif mereka.

Moonton telah menetapkan syarat baru di mana skin eksklusif akan dibuat melalui undian pemain. Bermula pada tahun ini (Kejohanan Dunia M4), skin eksklusif akan ditentukan melalui undian pemain & bukannya juara yang tentukan hero mana yang menjadi pilihan mereka untuk terima skin eksklusif tersebut.

Sumber: Mobile Legends: Bang Bang

Undian Skin Eksklusif Kejohanan Dunia M4 telah tamat secara rasmi dengan Beatrix menjadi hero yang memiliki paling banyak undian. Menurut Moonton, skin eksklusif Kejohanan Dunia M4 baharu akan direka untuk Beatrix hasil daripada undian majoriti. 

Hero Marksman itu dijangka akan mengumumkan skin istimewanya semasa Kejohanan Dunia MLBB yang bakal diadakan pada tahun ini. Kejohanan Dunia M4 dijangka akan dijadualkan bermula pada suku keempat 2022.

Sumber: Mobile Legends: Bang Bang

Sejarah skin bagi siri Kejohanan Dunia dalam kompetitif MLBB

Sejak siri Kejohanan Dunia MLBB yang pertama, pasukan yang menjadi juara mendapat peluang/kelebihan untuk memilih hero yang akan menerima skin istimewa. Semasa Kejohanan Dunia M1, EVOS Legends mendominasi kejohanan itu & memilih Harith sebagai hero untuk menerima skin eksklusif. 

Diiikuti oleh juara Kejohanan Dunia M2 iaitu Bren Esports. Pasukan itu memilih Lancelot sebagai hero pilihan mereka. Dan, juara Kejohanan Dunia M3, Blacklist International mengumumkan bahawa mereka mahu Estes, hero ikonik pasukan itu untuk menerima skin eksklusif.

Sumber: Mobile Legends: Bang Bang
Sumber: Mobile Legends: Bang Bang

Isu tentang skin eksklusif Estes yang merupakan permintaan Blacklist International

Selepas berakhirnya Kejohanan Dunia M3, kapten pasukan Blacklist International & salah seorang pemain profesional MLBB popular, Johnmar “OhMyV33NUS” Villaluna menyatakan bahawa rundingan dengan Moonton berhubung dengan skin eksklusif Estes tidak menjadi. Alasan yang diberi oleh pihak penerbit pada ketika itu adalah skin tersebut tidak boleh dipasarkan.

Isu ini menimbulkan kekecohan di media sosial terutamanya dalam kalangan komuniti MLBB Filipina. Mereka sangat sensitif dengan isu ini kerana pihak Moonton memberi kelebihan Blacklist International memilih skin eksklusif mereka, tetapi tidak bersetuju jika Estes menjadi pilihan.

Sumber: ECHO
Sumber: Hate

Namun, Moonton telah mengumumkan kenyataan rasmi berhubung isu di sebalik skin eksklusif Estes bagi Kejohanan Dunia M3. Penerbit menyatakan bahawa ia akan terus berhubung dengan Blacklist International untuk membincangkan perkara itu dengan lebih lanjut.

Ia kemudiannya didedahkan oleh pemilik bersama Blacklist International, Alodia Gosiengfiao, bahawa Estes akan menerima skin Kejohanan Dunia M3 yang akan datang selepas Alodia Gosiengfiao berhubung dengan pihak Moonton. Disebabkan oleh isu sebegini, Moonton menetapkan syarat baru. 

Sumber: Mobile Legends: Bang Bang
Sumber: Alodia Gosiengfiao

Skin Eksklusif Kejohanan Dunia ditentukan melalui undian mula pada tahun ini

Susulan kekecohan skin Estes bagi Kejohanan Dunia M3, Moonton mengumumkan bahawa mulai tahun ini, skin eksklusif bagi Kejohanan Dunia MLBB akan ditentukan melalui undian. Informasi lanjut mengenai skin Kejohanan Dunia M3 Estes & skin Kejohanan Dunia M4 Beatrix akan diberitahu nanti!

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *