MEMUAT

Taip untuk mencari

MPL ID S9: Role Lemon di RRQ Hoshi kekal sebagai Gold Laner

atq_hyprgame
Kongsi

Kemasukan Lemon ke dalam roster MPL Indonesia S9 bagi RRQ Hoshi mengundang banyak keterujaan dalam komuniti MLBB di Indonesia. Setelah lama berehat dari kompetitif MPL, kini, berbaki lagi 16 hari sahaja lagi sebelum Lemon membuat kemunculan semula di MPL. 

Ketika di MPL Indonesia S7, Lemon hanya membuat kemunculan sekali sahaja ketika di playoffs. Manakala di MPL Indonesia S8, pemain yang paling lama dalam pasukan RRQ Hoshi itu tidak bermain sepenuhnya.

Comeback Lemon dalam kompetitif MPL sangat dinanti-nantikan. Seperti yang kita tahu, pada dasarnya, Lemon memang memegang role sebagai pemain Gold Laner. Di dalam RRQ Hoshi terdapat 3 pemain Gold Laner tetapi disebabkan Xinnn rehat dari MPL S9, kini hanya tinggal 2.

Sumber: Team RRQ

Lemon akan kekal bermain di Gold Lane untuk MPL Indonesia S9

Sebelum ini, ada yang menyatakan bahawa Lemon akan bermain semula di Mid Lane kerana kerap kali juga komuniti MLBB Indonesia melihat Lemon bermain role Mid Lane bersama dengan pemain profesional MLBB Indonesia yang lain.

Namun, CEO RRQ Hoshi, Andrian Pauline telah pun memberitahu role lengkap yang akan dipegang oleh pemain RRQ Hoshi — di Instagram Live. Berikut merupakan role terkini bagi pemain RRQ Hoshi di MPL Indonesia S9:

Posisi
Albert “Alberttt” Neilsen IskandarJungler
Deden “Clayyy” Muhammad NurhasanMid Laner
Rivaldi “R7” FatahEXP Laner
Teguh “Psychooo” Imam FirdausMid Laner
Schevenko “Skylarrr” David TendeanGold Laner
Calvin “VynnnRoamer
Muhammad “Lemon” IkhsanGold Laner
Jason “Aether” Keane ZefanyaJungler
Riko “Violence” Roamer
Edi “Yummy” SusantoEXP Laner

“Jungler ada 2 iaitu Alberttt & Aether. EXP Lane juga ada 2 iaitu R7 Yummy. Roamer juga ada 2, Vyn & Violence. Mid ada 2, ada Clay, Teguh. Gold Lane juga ada 2, ada Skylar & Bang Lemon,”

Sumber: @djurighkebon

Lengkap! Lemon akan kekal membawa role sebagai Gold Laner. Tetapi, pasukan itu juga ada Skylarrr yang juga memegang role sebagai Gold Laner. Siapakah antara 2 pemain itu yang akan memegang role utama Gold Laner bagi RRQ Hoshi? 

Adakah Lemon hanya akan membuat kemunculan sekali sekala sahaja di MPL? Atau beliau akan benar-benar melakukan comeback dengan memegang pemain utama Gold Laner bagi pasukan RRQ Hoshi? 

Buat masa kini, belum ada jawapan yang tepat selagi regular season MPL Indonesia S9 belum bermula. Land of Dawn bagi MPL Indonesia S9 akan mula dibuka pada 18 Februari. 8 pasukan akan berentap untuk merebut 6 tempat terbaik di playoffs! 

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *