MEMUAT

Taip untuk mencari

Kontrak Pokimane dengan Twitch telah tamat

Kongsi
Kontrak Pokimane dengan Twitch telah tamat

“Pokimane” penyiar terkenal Twitch, secara rasminya telah menamatkan kontrak penyiarannya yang telah berlangsung selama dua tahun , membuatkan pengikut tertanya-tanya apa yang dilakukan Pokimane selepas ini.

Imane Anys yang digelar “Pokimane” secara rasmi mengisytiharkan penamatan kontrak dua tahunnya dengan laman web penstriman terkenal iaitu Twitch. Pokimane membuat pengumuman di Twitter pada hari Isnin, 31 Januari, menulis, “Selepas 2 tahun , kontrak Twitch saya tamat hari ini. Kita akan berjumpa semula pada 8 Februari untuk chapter yang baharu”

Kebimbangan yang paling mendesak ialah sama ada Pokimane akan kembali ke Twitch atau tidak. Banyak penstrim terkenal telah mengikuti corak ini, membuat pengumuman yang sama dengan ini hanya untuk melanjutkan kontrak Twitch mereka. Ini menyebabkan orang lain tertanya-tanya sama ada Pokimane akan meneruskannya atau mencuba sesuatu yang baharu. 

Jawapan daripada pertanyaan itu akan diumumkan oleh Pokimane sendiri pada 8hb Februari, dan tidak pasti beliau akan meneruskan ataupun tidak selepas terpalit dengan pelbagai kontroversi sebelum ini.

Umum mengetahui bahawa salah satu sektor dengan kutipan tertinggi ialah bidang penstriman(streamers) dan penciptaan kandungan (content creator). Memberikan mereka banyak kemungkinan untuk memilih. Pokimane, yang mempunyai 6.7 juta pengikut di YouTube, dengan mudah boleh menumpukan tenaga kreatifnya untuk membuat konten sepenuh masa.

Ini menimbulkan persoalan bagaimana pemergian Pokimane dari Twitch boleh mempengaruhi tapak penstriman popular. Kami telah melihatnya sebelum ini, dengan pencipta terkemuka seperti CourageJD dan Dr. Disrespect meninggalkan platform tersebut demi  beralih ke YouTube. Adakah pihak YouTube akan terus membeli content creator yang terkenal selepas ini?

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *