MEMUAT

Taip untuk mencari

Pasukan T1 disqualified dari qualifier NA

Kongsi
Pasukan T1 disqualified dari qualifier NA

Pasukan T1 Esports telah hilang kelayakkan untuk bertanding di kelayakan Valorant Champion Tour (NA) selepas melanggar aturan undang-undang yang dibuat oleh pihak Riot Games. Perkara ini terjadi semasa perlawanan antara pasukan T1 menentang pasukan TSM di peringkat kalah mati (lower bracket).

Perkara ini menjadi hangat selepas pemain-pemain pasukan TSM membuat tweet sindiran di sosial media mereka. Mengatakan bahawa perlawanan mereka tidak adil, dan ibarat 5 berlawan 6 orang dalam permainan. Apatah lagi, pasukan T1 mempunyai kelebihan daripada segi “ping” selepas mereka menggunakan VPN untuk melancarkan permainan mereka.

Mengikut peraturan yang ditetapkan oleh pihak Riot 7.2.11 Challengers rule book “unauthorized communication”. Jurulatih pasukan T1 telah melanggar peraturan tersebut dengan memberi arahan semasa perlawanan sedang dijalankan. Manakala bagi isu menggunakan VPN, pihak Riot tidak menyenaraikan perkara itu sebagai melanggar undang-undang mereka dan pemain berhak untuk mencari cara bagi mendapatkan kestabilan ping di dalam permainan dengan cara tersendiri.

Sumber : RiotGames

Pasukan T1 Esports diwakili oleh :

  • Rahul Nemani – Curry
  • Zander Kim – Thwifo
  • Joshua Nissan – Steel
  • Johann Hernandez – Seven
  • Josh VanGorder – Pwny
  • Jurulatih – David Denis

Walau bagaimanapun, pihak T1 Esports masih lagi tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan lagi berhubung dengan perkara itu. Malah jurulatih pasukan mereka juga mendiamkan diri selepas disindir hebat oleh pemain-pemain profesional Amerika Utara.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Seterusnya