MEMUAT

Taip untuk mencari

Secret Hamesz bertukar ke pasukan WildRift

Kongsi
Secret Hamesz bertukar ke pasukan WildRift

James Santos atau lebih dikenali sebagai “Hamezz”, merupakan pemain profesional League of Legends : WildRift dan juga kapten pasukan Secret. Pemain kelahiran Filipina ini, merupakan pemain LoL versi PC sebelum berpindah ke platform mudah alih iaitu WildRift.

Hamezz baru-baru ini ada menjelaskan punca utama beliau beralih daripada platform pc ke mudah alih. Katanya, di Filipina tidak lagi mempunyai sambutan terhadap esukan LoL. Malah, permainan itu seakan mati di wilayahnya dan tidak ada platform yang mampu membawanya ke peringkat pro di Filipina.

Bagi Hamezz permainan esukan mudah alih mendapat sambutan lebih memberangsangkan dan permainan LoL Wild Rift juga masih baru dan hangat untuk dimainkan berbanding dengan versi PC. Disebabkan itu juga, beliau mengambil keputusan untuk bertukar arah.

Hamezz yang hanya memerlukan masa untuk serasikan corak permainannya di dalam versi mudah alih dan perkara itu tidak menjadi masalah oleh kerana beliau juga pernah menjadi salah satu pemain terbaik League of Legends Filipina. Meskipun esukan di Filipina tidak besar dan rata-rata pasukan masih lagi berusaha untuk berjaya meskipun tidak banyak pengaturan dan perancangan bagi esukan Filipina.

Team Secret Hamez 1

Kini Hamezz bersama empat rakannya berada di bawah naungan pasukan Secret dan mewakili Filipina di mana-mana kejohanan akan datang. Beliau yang memegang watak sebagai support, telah menyesuaikan permainan dengan pengalaman yang dimilikinya. 

Menurut Hasmezz terdapat dua negara yang sangat kuat di dalam scene League of Legends iaitu Korea dan China, kedua-dua ini sentiasa menjadi juara di dalam LoL versi PC. Tetapi di dalam versi mudah alih Wild Rift, semua lawan terasa seperti di level yang sama dan masih belajar berkenaan meta yang baharu dan tidak lagi merasa takut dengan sesebuah pasukan.

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *