MEMUAT

Taip untuk mencari

MPL MY S9: Rasmi! Leixia akan dipinjamkan kepada Team SMG

atq_hyprgame
Kongsi

Rasmi! Dalam video yang dimuat naik oleh Team Caracal, Leixia sah akan dipinjamkan kepada Team SMG untuk MPL Malaysia S9. Sebelum ini, ramai tertanya-tanya kenapa Leixia tidak membuat debut beliau bersama Team Caracal.

Akhirnya persoalan tentang “Mana Leixia?” terjawab di dalam video Team Caracal semalam. Kemasukan Leixia ke dalam Team SMG adalah di bawah status ‘loan’. Beliau menyatakan bahawa beliau masih bersama dengan Team Caracal. 

“Saya tiada isu dengan Caracal. Saya ambil keputusan untuk bermain dengan Team SMG. Terima kasih semua.” 

Sumber: Team SMG

Seperti yang kita tahu, Leixia telah pun bermain untuk pasukan RSG MY pada musim terdahulu & berjaya membawa kejuaraan buat pasukan itu di MPL Malaysia S7. Kini, beliau telah pun bersama-sama dengan Team Caracal yang juga terdiri daripada bekas pemain RSG MY, Team Bosskurr & Orange Esports.

Pinjaman Leixia ke Team SMG adalah untuk mengembangkan lagi pencapaian Leixia. Dalam scene kompeittif MLBB, meminjamkan pemain itu adalah perkara yang biasa. Dengan pencapaian yang Leixia ada, beliau pasti boleh memenuhi ruang kosong yang ada terhadap Team SMG.

Team Caracal positif dengan pinjaman yang Team SMG buat terhadap Leixia

Pasukan yang bakal membuat debut mereka di MPL Malaysia S9 itu memang positif. Semua pemain mereka mahukan Leixia membuat yang terbaik di Team SMG. Mereka juga menyokong pencapaian yang mahu diluaskan oleh Leixia bersama dengan Team SMG.

Menurut Team Caracal, ini adalah kehendak peribadi Leixia untuk bermain dengan Team SMG, untuk pencapaian peribadi beliau. Jadi, sebagai rakan sepasukan yang sudah lama bersama dengan Leixia, mereka menyokong ke mana sahaja Leixia berlabuh.

Pinjaman Leixia ke Team SMG juga akan membuka ruang kepada LinkEzaa memikul tanggungjawab sebagai Jungler pasukan tersebut. Sportsmanship yang sangat baik! 

Doakan yang terbaik untuk Leixia & semoga berjaya di Team SMG! 

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *