MEMUAT

Taip untuk mencari

5 pemain Mobile Legends bagi pasukan RSG tidak lanjutkan kontrak

atq_hyprgame
Kongsi

Terbaru, RSG Malaysia telah pun memuat naik satu video yang bertajuk “End of an Era” di laman rasmi media sosial milik mereka. 

Pasukan itu rasmi akan melepaskan 5 orang pemain mereka iaitu Leixia, Lolealz, Zaraki, Kaizer dan Rush. 5 pemain ini membuat keputusan untuk tidak melanjutkan kontrak bersama pasukan itu. 

“Kami bukan diusir. Kami hanya tidak melanjutkan kontrak kami dengan pasukan RSG” — Leixia

Sumber: RSG Malaysia

Menurut Rush, pada awalnya beliau mahu membuat pasukan sendiri tetapi pada ketika itu RSG menawarkan niat dan peluang untuk bersama dengan mereka. Dan mereka pun bersetuju untuk sertai organisasi e-sukan itu. 

Sedikit mengejutkan buat komuniti Mobile Legends Malaysia kerana kelima-lima pemain ini merupakan pemain yang juga bersama-sama dengan RSG ketika pasukan itu menjurai MPL MY S7. 

Dengan kejuaraan yang mereka perolehi pada MPL MY S7, pasukan itu berjaya mara ke MLBB Southeast Asia Cup (MSC) bersama-sama dengan pasukan Todak. RSG menamatkan kedudukan di tempat ke-4 pada ketika itu.

Itu merupakan antara pencapaian terbesar mereka sepanjang mereka meyumbangkan tenaga buat pasukan RSG Malaysia. 

Sumber: MPL Malaysia

Umum mengetahui bahawa Zaraki, Leixia dan Kaizer pernah bersama-sama dalam pasukan Mobile Legends bagi Team Bosskurr. Memang ketiga-tiga pemain ini sudah lama bersama di dalam satu pasukan. 

Tetapi seperti biasa, setiap musim sebelum menjelangnya MPL MY, akan ada pemindahan dan kemasukan pemain ke dalam pasukan-pasukan baru. Perkara itu bukan lagi perkara yang baru. 

Kini, pasukan RSG terdiri daripada 3 orang pemain sahaja; TikTok, Zacus dan Izanami

Semoga berjaya buat Leixia, Rush, Lolealz, Zaraki dan Kaizer di musim MPL yang akan datang bersama dengan organisasi e-sukan yang baru.

Pada pendapat anda, adakah mereka akan bermain di open qualifier semula bagi melayakkan diri ke MPL MY pada musim yang akan datang

Atau mereka akan sertai organisasi e-sukan Mobile Legends yang sedia ada untuk kekalkan kemaraan mereka?

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *